I'm listening to the radio .....

Thursday, July 18, 2013

SABARLAH DUHAI HATI .....

Hukumnya aku juga manusia. Aku tahu rasa pedih, sedih dan kecewa. Aku tahu rasa dihargai, dikeji dan dikhianati.
Seribu satu macam pedih aku tempuh. Seribu satu jerih aku telan.
SABARLAH DUHAI HATI ......

YA Allah, berikanlah aku kesabaran ini. Kuatkanlah hatiku dalam menempuh perjalanan ini. Sesungguhnya, semoga aku dalam redhaMU.......


Ramadan ..... mak dan abah.

Sekarang Ramadan ......  Sekarang tengah sibuk sana-sini jualan nak berhari-raya. Jem sana-sini orang pergi PARAM nak buka puasa. 

Al-kisah ramadan ni macam-macam nak di kenang. 

Kenangan kita bersama keluarga. Aku ingat kalau ramadan balik kerja abah lah akan sibuk dengan mak kat dapur. Bulan puasa macam-macam resepi hasil tangan abah dapat kami rasa. Abah pandai masak. Aku ingat lagi abah pernah buat PULUT SEKAYA yang sangat sedap. Abah ngan mak suka buat ROTI SORAI. Abah akan try sorai and lumba-lumba dengan mak sapa buat lagi cantik. Kalau aku dengan adik-adik try sorai mesti jadi lempeng. Meriah dapur kami.

Masa tu mana kenal Param ni. Kalau ada pun hari ada pasar malam abah bawa kita org. Param tak sepopular dapur mak abah. 

Kalau buat bihun goreng mesti ada kuah...... selalunya kita org masak kuah laksa. Kuah Laksa kalau makan ngan bihun goreng sangat sedap. BIHUN GORENG KUAH LAKSA. Yummy ..... hmmmm, mula dah ada idea for weekend menu. Yeayyyyy.

And bila dah dekat nak raya kami akan makan besar especially masa kami dah kat sekolah menengah. Maklum le aku dan abang dok asrama so bila dah nak dekat akhir ramadan baru balik. MEnu yang pasti ada, NASI TOMATO MAK....... hebat. Tiada yang sehebat nasi tomato mak. Sampai sekarang mak akan buat kalau kami sekeluarga balik kampung. Sekarang mak akan buat untuk cucu-cucu. Anak-anak aku pun akan sangat suka nasi tomato mak. Yang berbeza dulu dan kini AYAQ ASAM. Air asam dulu abah yang buat. Abah akan potong halus cili, bawang dan tomato. Tak sapa boleh boleh buat air asam sesedap air asam abah, sesedap nasi tomato mak. 

Beza sekarang kalau mak buat nasi tomato, aku yang buat air asam. Walaupun air asam aku sedap (kah kah kah, memuji diri sendiri) tapi tak sesedap air asam abah. 

Mak dan abah masak dengan penuh kasih sayang. Sebab tu masakan mak abah sedap. Berbelanjalah ratusan ringgit untuk makan kat mana-mana sekalipun tapi tak kan dapat makan sesedap masakan mak dan abah. 

Ingatan untuk aku. Anak-anak akan selalu makan makanan kita dan kata sedap... terasa diri begitu dihargai. Seronok dengar dia org cakap sedapnya mama masak. So kenalah selalu-selalu masak.


Aku sayang MAK & ABAH sampai bila-bila. Kerana mereka tiada galang gantinya.

AL-FATIHAH buat abah. Damailah bersama penciptaNya.




Tuesday, July 16, 2013

SERABUT ......

Macam-macam di kepala. Zahir tak terucap lagi.  Aduh...... Pening juga memikir. 
Sebenarnya bukan rasa tertekan pun. Cuma letih agaknya buat semua macam serabut.
Serabut macam kat bawah ni : 





Tapi realitinya bukan sampai stress pun, tak overworked pun. Cuma rasa mengantuk sebenarnya buat aku rasa serabut. Tengah-tengah buat kerja ngantuk, tengah sembang pun boleh mengantuk. 
Ohhh .... tidur.....
I wish at this moment of time I'm in bed ........ZZZZZZZZZ 


 

But, jangan nak mimpi sangat dah kena keje tu keje. Over lebih ........ lunch hour nanti tidur kejap. 
Selamat Bekerja peeps. 

Ramadan 1434H ....

Ramadhan datang lagi. 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT karena dengan kurnianya dapat lagi kita bertemu di ramadan ini. 
Alhamdulillah, dalam banyak-banyak bulan, ramadhan is my favorite. 
Momen yang aku paling suka, sahur. Anak-anak pun senang je bangun bersahur. Aku suka riuh-rendah makan waktu sahur tu. Aku suka usik-mengusik dia orang. Meriah waktu sahur ku.
Iftar with family......  Browsing around PARAM. Tarawih, Tadarus ...... Seronoknya sebenarnya.
Ya Allah, moga aku dapat menyempurnakan ramadhan ini dengan penuh keindahan.