I'm listening to the radio .....

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0

Siapa suka bersih. Saya pun suka bersih. Suka tangan yang bersih, kaki yang bersih, baju yang bersih, meja yang bersih, rumah yang bersih dan persekitaran yang bersih. So bestlah kalau bersih ....

Kenapa kebelakangan ini semua orang nak cakap pasal bersih. BErsih di TV, bersih di radio, bersih di paper. BAgus jugaklah sebab persekitaran kita memang tak bersih. Sampah merata-rata, longkang tersumbat kotor pun nampak. So kena sepatutunyalah kasi bersih.

Tapi berminggu dengan bersih, kiri bersih, kanan bersih tapi jumpa juga sampah, kotor juga longkang, nampak juga kawasan yang tak terjaga. So belum bersihlah. Bila nak bersih ? TAkkan nak tunggu sampai ada demonstrasi baru nak bersih. Kalau buat demonstratasi jalanan lagilah tak bersih. Lagilah kotor jalan-jalan kita. Kotorlah bandar kita. JAdi wajarkah ada bersih tu? PErlukah kita meramaikan majlis sbegitu rupa ? Sedangkan hakikatnya kita tambah mengotorkan yang sedia ada.

Mungkin sekadar simbolik ini di sebalik semua yang telah dan bakal berlaku.

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada side positif dan negatifnya. Mungkin apa yang dimahukan itu ada kebenarannya. Tapi sedarlah yang matlamat tak menghalalkan cara.

Ingat kejadian BErsih 1 dulu. Polis mengadakan sekatan jalan raya. Kita tak bleh nak shopping. Lecehlah semua ni.

Aku ni bukan into politic sangat. BEsa-besa jek. Takat2 baca paper sikit. NAk tunggu news pun kekadang membosankan. Nanti takut pulak ada announcement harga barang naik lagi. Heheh, biar aku bayar je dari aku tau. Serabut kepala. HAkikatnya memang harga barang yang asik naik ni menyesakkan nafas ku.

BErsih 1. masa tu somewhere in November 2007. Banyak polis buat road block. Semua pada awalnya cakap nak buat perhimpunan secara aman. Tapi kecoh jugak. Bila kecoh kita mula rasa tak selamat. Mula terfikir apa nak jadi kalu terus kecoh Macam2 lagi ada dalam kepala kita ni. Hmmm... aku nak teruskan ke entri aku pasal bersih ni. Sudah-sudah lah tu cik kak oi......

Tuesday, June 28, 2011

Kenapa ? Why ..... and why.

Sebenarnya kenapa ..... aku sering bertanya pada diri aku sendiri mengapa begini. Kekadang sukar benar nak meluahkan apa yang terbuku di hati aku. Kekadang mudah benar aku meluahkan rasa di hati aku. Aku lupa pula nak ambil kira surrounding aku. Aku lupa pula nak ambil kisah tentang hati dan perasaan orang. Aku lupa untuk hormat pada pada sesiapa yang sepatutnya aku perlu hormat.

Aaaaaaaaaaa ............ Tapi apa yang aku buat pada masa dan ketika kejadian seakan tak salah pulak. Hmmmmm ....... Manusia belajar dari kesilapan. Aku? aku belajar tak ...

HAri ni pun aku buka blog ni bila aku terfikir nak meluahkan sesuatu. Tetapi bila jejari ni mula menaip aku jadi buntu dan kaku. KEsian aku. Aku pun tak tahu di mana silap hati ini. Mungkin kerana aku sering kali menyembunyikan rasa hati aku, jadi aku menjadi kurang yakin setiap kali aku cuba menyatakan yang tersirat.

Alhamdulillah, dalam banyak hal aku sering mengambil sikap yang positif.
Aku percaya di sebalik setiap kepayahan itu ada hikmahnya. AKu percaya di sebalik setiap kepedihan itu ada manisnya.

Entahlah ...... Tiada manusia yang sempurna. Aku pun tak sempurna. Tapi tetap cuba mencari kesempurnaan itu.

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Chorus:

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Repeat *)

(Repeat chorus)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

(This is a song - CELA from a group who called themselves BONEKA)

From me to me : To the question of your life, you are the only answer. To the problem of life, you are the only solution.


Tuesday, May 24, 2011

AKU DAN KENANGAN .....

Aku ada terbaca post seorang kawan yang ATRIA bakal berubah atau kata lain closed down ... The ATRIA dah lama shopping complex ni. Rupanya dah lama aku kat KL ni kan ..... Masa aku mula menjejak kaki kat sini SOGO pun masih tak ada. KLCC masih padang lagi bekas tempat lumba kuda. KFC paling famous kat Yow Chuan Plaza. Ha'a, Yow Chuan @ City Square pun dah tak ada. Dah jadi Double Tree sekarang. Aku ingat Ampang Park, lepas tu ada Kerry's kalau tak salah aku. Kat Ampang jugak. Macam-macamlah tak ingat dah aku.

Pagi tadi aku lalu di Phoenix Plaza. Dah usang sangat bangunan tu. Entah apa yang dia org tengah buat, entah. Pecah sana sini. 11 tahun lalu masa aku baru kahwin, masih ada lagi Fajar Hypermarket, masih ada lagi Pizza. Dulu zaman aku sekolah ada Toy'r Us yang besar kat situ. Gahnya Phoenix Plaza ....

Semua ni kenangan ....................

Aku mula menjejak kaki di KL lebih 20 tahun yang lalu. Aku masuk sekolah asrama di tingkatan satu. LAmanya kenangan tu. Masa tu aku cukup suka dengan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Mana ada lagi KL Sentral. Tapak pun belum ada. Puduraya dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur merupakan antara destinasi pertama aku ambik tahu. Maklumlah, kat situlah destinasi utama untuk pulang bila bercuti sekolah nanti.

Kalau bas, naik Ekspres Nasional, kalau kereta api mestilah naik Ekspres Rakyat. Sesekali balik bercuti sebiji macam rombongan Cik Kiah. Lepas tu kami di sekolah ada baju rasmi - warna kuning pulak tu. Meriah betul rombongan tu.

Masa dulu kalau naik bas ambil masa lebih 8 jam. Maklumlah lebuh raya pun belum siap. Bas akan melalui jalan lama. Kawasan rehat pun belum ada kawasan rehat dan rawat (R&R) macam sekarang. Seingat aku destinasi rehat yang pernah aku singgah adalah di Slim River dan Tanjung Malim. Kawasan ini juga menyediakan gerai makanan, tandas dan surau. Cuma tidak sehebat yang ada sekarang.

Kalau naik kereta api pula kadang-kadang perjalanan mengambil masa sampai 12 jam. Aku suka naik keretapi. Kat stesyen ada A&W. Ekspres Rakyat akan berhenti di setiap stesen. Koc pula sentiasa penuh. Ada yang dapat duduk di kerusi, duduk di lantai, ada yang berdiri. Ada yang pasang buai. Yang duduk macam berkelah pun ada.

Macam-macamlah masa tu. Bertuah sebenarnya kerana aku pernah melaluinya.

Sekarang ni mungkin kita dah tak melalui semua ini. Zaman kian berubah, teknologi dah semakin maju. Kita pula perlu bergerak seiring dengan peredaran waktu dalam mengejar kemajuan. Perjalanan menaiki bas juga dah semakin singkat. Belum lima jam, dah sampai ke destinasi. (bagi perjalanan KL ke Butterworth). Bagi yang menaiki kereta api pula, tiada lagi yang berdiri atau duduk di koridor. Tiada lagi tingkap yang boleh dibuka. Semuanya dah ada penyaman udara.

Untuk aku yang tinggal Cuma kenangan. Kenangan itu indah. Indah untuk dikenang. Indah untuk dimimpi-mimpikan............ Indah itu kekadang jua mengundang sepi yang teramat sangat........ Tapi aku percaya yang sepi itu jua indah ....... Ya ALLAH, rahmatMu ku pohon ..... Amin.


Monday, May 23, 2011

JK ...

BAk kata Nabil ...JK. Jiwa kacau. Aku ke tuh. Pening kepala aku. Macam-macam yang aku fikir. Tak satu pun jelas di minda aku. Kenapa? aku pun tak dapat mentelah.

Ya Allah, aku harap apa yang aku rasa ini cuma sementara. Kuatkan hati aku dalam
menghadapi semua ini. Amin.

Sunday, May 8, 2011

ALHAMDULILLAH

HAri ni aku di office.... seharian penat semalam tapi berbaloi. Nantilah aku update cerita semalam.

Alhamdulillah, harini my Baby (Syafiq Amani) dah pergi sekolah. InsyaAllah dia akan dapat menjalani sesi persekolahan dengan baik. Kesian dia dah lama tinggal sekolah. Hari ni pulak dah start exam sekolah agama.

2 Mei 2011, Hari ini hari ulang tahun kelahiran my dear Hubby yang ke 35. Hari tu sepatutnya nak celebrate sikit2. Family celebration .....

Tapi baby macam letih jek. Batuk dia pun semakin menjadi-jadi. Demam dia semakin berkurang. Mahu tak mahu kami decided nak bawa dia g Hospital Kajang. Memanglah Hospital Serdang lagi dekat ngan rumah tapi mungkin sebab dah biasa check up dia di Hospital Kajang so kami ke sana. Sampai sana baby masih tidur. Aku g tanya dulu posedur kat kecemasan. Bangun tidur aku tengok dia jalan ke emergency. Doc check kat luar tu then terus ke bilik rawatan asthma. Baby kena ambil nebulizer. Tiga kali dia amik nebulizer. Asthma dia berkurang tapi oksigen tak reach 96 on air. KAmi masuk ke wad bahagian kecemasan (ED). Amik oksigen. Bawa dia g xray. Dia pun dah nampak letih, lapar lagi. Result darah and xray ada jangkitan kuman. So kena warded.

Sedih aku. TAk palah asal baby baik. Ya Allah... Kami masuk wad 7. 2 hari jugaklah kat sana. wednesday petang boleh keluar. With all the ubat. Alhamdulillah. Kat rumah ada satu lagi masalah. Antibiotik warna putih yang dibekalkan tu dia tak dapat telan. Habis muntah. Dengar pasal antiboitik tu pun dah boleh buat dia muntah. Antiboitik (zinnat). Salah aku jugak. Doc dah prescribed tablet aku agree ngan farmasi to change to suspension.

Friday g ward lagi amik darah. Harap blood test result ni okay. Aku bermohon padaMU, Ya Allah. Masa ni aku g tanya doc pasal Zinnat tu. Doc tukar. Senang jugaklah dia makan tablet tu. Hari ni tinggal lagi dua hari nak abiskan Zinnat. Aku nak ucapkan terima kasih pada doc-doc and nurses kat Hospital Kajang. Tq for being so nice. Dr Nur Ain yang cantik, Dr Boss, Dr Annie, Dr Zafrul, Dr Azrul and ramai lagilah. SN pulak yang aku ingat SN Farizan. MAaflah tak ingat semua. TQ for being so nice.

Ya Allah, aku bermohon padaMu agar segala-galanya selamat. Aku bersyukur atas kurniaan yang telah engkau berikan. Amin.

20 Mei 2011 nanti dia punya check up. Hope everything will be ok. InsyaAllah.