I'm listening to the radio .....

Tuesday, April 24, 2012

Space Cop GABAN ....


Hari ni tetiba aku rasa kesian kat gaban. Dalam banyak super hero kenapalah Gaban yang dipilih …. Marah tahap gaban, mengantuk tahap gaban …….

 Well mungkin dari satu segi aku nampak rasional disebalik penggunaan perkataan Gaban tuh.

Kalau kita penah ikut cerita ni dulu gaban ni boleh bertukar dengan begitu cepat. Iaitu 0.009 saat kalu tak salah aku le.

 So agaknya sebab itulah gaban tuh jadi ikon untuk kawasan yang sewaktu dengannya. In short we are saying that we are very marah or very sleepy. It can be in less than a second. .

Nway, kalu tak kenal kenal mana satu gaban: Here’ s one…


 Credit to google

  Well rasanya I felt good lepas tulis semua nih. Hilanglah tensen tahap GABAN aku … heheheheeh

Friday, April 13, 2012

KOSONG ...

Kenyataan memang menyakitkan. Hakikatnya kita telan dan tak payah nak banyak persoal sebab kita pilih semuanya. Kita dah jalani lorong yang berliku. Kita dah terjah onak yang berduri.

Kita dah pernah sakit jatuh terduduk. Kita tahu juga untuk bangun. Kita bukan manusia yang dah jatuh tunduk tertiarap.

Hakikat perjalanan hidup kita memanglah tak seindah impian. Tak seindah gapaian bintang di langit. Tapi yang pasti lorong itu telah jadi pilihan sebelum kita mula berjalan. Pastinya sama ada kita berpatah balik atau terus menjalani likunya. Kerana kita pernah yakin dengan lorong yang dipilih. Kita pernah mengimpikan yang pengakhiran lorong itu suatu keindahan. Ranjaunya, onak dan durinya pasti ada untuk kita tempuh. Sempit, luasnya lorong perlu kita jalani.

Untuk apa kita menyesali sedangkan pengakhiran belum kita ketahui. Andai bukan jalan hitam yang kita pilih, kita pasti bukan sesat di jalan salah.
Kita manusia kerdil yang diberi akal fikiran untuk berfikir secara sendiri. Untuk berkata ya tanpa dipaksa atau untuk mengiakan walau tidak dipaksa. Untuk menurut sahaja yang benar atau yang salah.

Hati kita pernah yakin dengan pilihan yang kita buat. Perlukan penyesalan itu ?

Monday, February 27, 2012

It's Green and Me

A lil update on my day .....

HAppy Birthday to me - 13th February, 2012. Alhamdulillah for the love and life. I'm thankful.

Well, I dun really celebrate birthday pun. But then this year my children buat surprise for me. It's cute and I never expected it from them. So Sweet ..... Love you Darls ...

Thank you dearest children for the lovely cupcakes and the bangle.

The cupcakes are green and I've got 2 green so called purse, pouch. Thank you, thank you, thank you.

Alhamdulillah.

Sunday, February 26, 2012

Jalan lama ...

Aku ... di jalan lama ini

terkenangkan sketsa dalam sebuah kehidupan
yang pernah aku tarikan di lantai tari

Bebas, ria dan tawa menguntum senyuman
Dikala ada pincangnya gerak tari
tersalah gerak kaki
hingga tampak kaku sekali
Sesekali terus jengah titis air di pipi



Sketsa kehidupan di jalan lama ini
sesekali aku terjengah di sini
dengan tari ria, tari duka
kini menguntum senyum sepi
perlukah ditangisi

Kekadang aku di jalan lama ini ...

Sunday, February 12, 2012

Seindah biasa.

Kadang-kadang kita sedih dan kita dapat meluahkannya. Lalu menitis air mata, then we just wipe it away. Problems solved. We are trying hard to show that we are okay. Totally off our mind of what had happened, but nothing but the truth we are lying. We know our self the best. We lie, we lied.