I'm listening to the radio .....

Friday, April 12, 2013

Aku & Peristiwa ...

Macam nak buat cerpen plak. Bukan apa just sedikit reminder buat diri sendiri.

16.03.2013 aku menjalani minor surgeri kat Hospital Putrajaya. Yg aku baca pada laporan tu "Sebaceous Cyst".  Aku admit tak lama. Admitted Friday 15/03, surgery Saturday 16/03. Discharged 17/03 petang. MC je lama sampai 10 hari.
Sebenarnya cyst tu dah lama, aku tau pun. Tapi sebab x de apa2 efek, aku diamkan aje.
Sebelum aku balik dari Kembara Media, aku realise kat perut aku luka kat area cyst tulah. Semangat berkobar2 aku nak ke Kembara Media tu pun sedikit pudar.  Tapi alhmadulillah sepanjang Kembara tu x de kejadian yg x best.
Hari Rabu 27/2, bermula le episod 1....dgn kata lain perut ku berlubang ...... hihihi. Setelah dipujuk oleh hubby nak juga aku g Poliklinik Ikhwan, Alhamdulillah doc tu perempuan and sabar je cuci luka tu. Dia advise aku g Hospital. 28/2 aku g hospital dapat appointment 4/3. Monday 4/3 jumpa Specialist and  after a few date reviewed 16/3 lah tarikh itu.
Makanya dioperatelah aku pada hari tersebut. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT semuanya berjalan dengan lancar. Silver lining behind all those happened, selagi cyst tu tak pecah selagi tu aku takkan berani g jumpa doc and underwent that surgery.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT .....



Thursday, April 4, 2013

Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi

Semakin tua semakin banyak yang yang kita pelajari. Semakin banyak yang kita tahu salah silap kita.
Namun jangan pernah jemu nak belajar. Jangan pernah berhenti untuk tahu salah dan betul kita. Mungkin betul dan salah kita boleh jadi pengajaran buat yang lain.
Macam aku sendiri, anak-anak dah makin membesar. Dalam membesarkan anak-anak aku tak lari dari melakukan kesilapan. Kesabaran yang kekadang terletak kat hujung kuku. Mudah saja nak melenting. Semakin banyak belajar timbul juga rasa bersalah teringat kekadang salah laku diri sendiri.
Terbaca entry kat bawah ni. Aku rasa elok untuk dikongsi bersama............



Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi

  • 1
    Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih. Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
  • 2
    Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya. Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
  • 3
    Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya. Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
    Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, “Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek” atau “Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”
  • 4
    Dengarkan kata-katanya. Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
    Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti “Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?” Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
    Anak anda akan berfikir, “Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang.” Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
  • 5
    Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya.Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain. Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
    Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
  • 6
    Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya. Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”
    Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, “Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu.” Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, “Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga.”
    Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, “Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus.” Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.
Sumber: IluvIslam

Wednesday, February 20, 2013

Korean Drama .....

Satu kegilaan yang tak melampau ...ke ?


 A question for myself too. Not a huge fan of K-POP  and Korean Drama, I can say. But not haters too.  (except when I think of the referee, dammit).
Last nite was the last episodes for 2 Korean drama (KD) that I had been following for the last few weeks. It's "School 2013" and "Bread, Love and Dreams (BLD)".
This is my first time watching "School 2013" .... of course since it's a brand new series from KBS. Macam biasa actor-actornya bukan aku kenal pun tapi Jong Nara macam tau jek. Tapi tak ingat pun dia berlakon kat mana.Kat sebelah ni watak among actor yg aku suka dalam citer School 2013. But my few times for BLD. And I can say that BLD is the best ever  Korean drama. It's in my opinion, bukan benchmark of any others comment or saying other dramas not good. Kat bawah ni plak "The Baker King - Kim Takgu" 

Hensem tak ... Kim Takgu ni.
Hmm, kenapa plak ek ... aku kata best ? So far KD yg aku ikut sampai abislah, yg aku bleh ingat without missing any episode BLD jek. Tapi for others tu I might say "Winter Sonata", "Hotelier", "Jewel in the Palace", "Love in Harvard", "Glass Shoes", "Bridal Mask', "Women in the Sun", "Boys over Flower","Cinderella's Stepsister", "Coffee Prince" "Stairway to Heaven", "Autumn in Heart" apa lagi ek .... byk lagi le sebenarnya. Tapi ku dah lupa. Yang penting aku tak suka movie yg asik nangis jek, romantik gilos, sorry ....... That kind of not me.
And my family's favorite will be "Let's Go Dream Team" (LGDT) ..... Ni aku suka. No tears but tough ...... so every Saturday LGDT is a must watch. kalau tak sempat nak tengok, aku record.
Ni Eunyuk & Minho - LGDT season dedulu
Ni plak Seongjo, Ricky & Jaemin
Ni Plak Dongjun, Peeqah's Favorite
Again, bye-bye Kim TakGU, Majun, YugYeong, Misun and Jingu .... I'll be missing u guys again. But I may have a good nite sleep then. (Lewat sangat aku berjaga nak follow cerita ni).... hehehehehe.

Anyway, writing this post remind me of a friend. Kak Nani ..... I miss her.

Wednesday, February 6, 2013

JK II

Semua orang pernah merasai kekecewaan dalam hidup. Mustahil bagiku seorang yang tidak pernah langsung rasa kecewa. 
"RASA" bukan sekadar nama food court di Alamanda. Rasa terbit dalam diri seorang manusia. Manusia yang punya hati dan sempurna sifatnya pasti mempunyai "RASA" ini. Dari "RASA" ini lah adanya  suka tawa duka dan kecewa ........ timbulnya senyum, tawa, teriak, tangis dan sendu.

Hakikatnya kita manusia yang sempurna dalam kejadian lahir dan batin kita. Cuma mungkin tak sempurna pengisisan dan penerimaan kita. Jadi jangan terlalu megah dengan kesempurnaan kita. Kemegahan itu biasanya menjatuh dan bisa menyesatkan kita.
Hari ini ada sedikit kekecewaan aku. Kecewa yang sekejap tadi menimbulkan sedikit rasa sedih di hati ini. Rasanya yang mungkin sedikit terluka tapi tak berdarah. Dalam sekejapan itu juga istighfar dan muhasabah aku dengan apa yang aku rasa itu.
Takkanlah aku nak terus biarkan rasa kecewa aku ini menguasai diri aku. Takkanlah aku nak terus rasa sugul dan marah tak tentu pasal. 
Muhasabah ....... cari ketenangan dengan  bermohon pada Yang Esa. Kita hanya insan yang lemah. dan kepadaNya lah kita memohon pertolongan.

Sunday, February 3, 2013

I think I need a break ...

Alhamdulillah, It's Monday. Bright and breezy day. Thank you Allah for your blessed.
Typical Monday when you just came up to work from weekend and adding up with the public holiday last friday. You would think how good it'll be for another rest day.


I don't think it's the work load but sometimes, maybe it's the environment that makes you think that way. Next week will be Chinese New Year. I'm looking forward for a few days of leave and hometown maybe. Hmmmm ...... In syaa Allah.