I'm listening to the radio .....

Tuesday, October 7, 2014

AKU BACA BUKU ..... arghhh

Tetiba aku terasa yang aku dah lama tak baca buku.....
Ini termasuklah komik, majalah dan newspaper pun. Of course buku ilmiah jauh sekali. Dah kenapa aku ni...... Aku akui yang aku bukan jenis yang rajin membaca tapi I do read.....
 But now,  tetiba rasa it's getting worst. I don't remember the last book I read start to end .... Novel.... nope... Pathetic nya .....Hello.... change needed here ......
Tak de orang boleh ubah aku kecuali aku memulakannya.... It starts with me. I hope insyaAllah.. 

Thursday, October 2, 2014

Nak coret-coret jugak ......

Menyibuk kan ...... Sebenarnya semalam macam nak letak status FB tapi macam panjang pulak isi kandung yang nak dicoret-coret buat status. Yalah semalam wall penuh dengan perkataan petrol dan 20sen. Ingat plak aku ngan Arwah Sudin dan Latifah Omar .... 20sen. 
Seronok plak aku membacanya ..... Ada sesetengah orang yg aku follow jadi x respek pun ada. Dah petrol naik 20 sen kot, aku pun marah. Tapi x payahlah nak kutuk2 sesapa. Kutuk-kutuk pun petrol naik jugak. Kena bayar jugak. Saham dosa kita pun bertambah. Memang nampak situasi Kerajaan kurang prihatin di situ. Dalam tekanan kos kehidupan yang kian meningkat, kita dihenyak lagi ............ hmmm.... no long comment here .....................Nak naik kereta kan ? Isi minyak ........ 
Ada plak pendapat yang aku rasa lebih berhemah dan aku suka .... Antaranya mengambil kira pendapat yg dikeluarkan oleh TUN M........... Hentikan BRIM. Pada aku BRIM jenis bantuan yg tak perlu. Mungkin nampak seperti popular tapi x perlu.............. so aku setuju hapus BRIM. Anybody wants me to sign any petition, I'll agree to that ................. X semua dibantu. X semua mendapat. Ada jugak ditolak dengan alasan yang tak logik ..... so please stop BRIM. Kita bukan nak beli orang one time. Tapi kita nak menjaga kebajikan rakyat setiap masa. Orang yg dapat BRIM pun pakai kereta ..... marah jugak petrol naik harga..... So SAY NO TO BRIM............................
RM5,900 ikut survey ke ......
Kereta ikut kemampuan.
Well.... lagi aku tak pandai matematik. Aku tak pandai nak calculate how they Dato Ahmad Maslan and Dato Wahid Omar do all the calculation on petrol usage and average cost of living. But I can't agree to that ..... Aku x agree sbb aku x faham kot. Yelah x pandai maths. So I don't get it. I don't how they calculate to get the amount tu...... respek arrrr....pandai maths. Sebab tu dia orang yg jadi menteri bukan aku hohoho....................
Tak lama lagi dah nak pembentangan bajet...... Seperti biasa kita dah melalui tempoh ditanya ....."APA YANG ANDA HARAPKAN DALAM BAJET 2015" ............ Well, aku rasa it's been years dok jawab benda tu, even dah reply a few times................Dah bertahun-tahun jugak aku rasa dok dengar Rasionalisasi Subsidi ....bla, bla, bla ...... dah semakin rasional aku. Dah makin kukuh kerasionalan aku. Years jugak dok dengaq pasal mengupgradekan pengangkutan awam. Tima kasihlah..... dok upgrade banyak bas. Mai sejam skali ..... syukurlah ada BAS, MONOREL, ERL, LRT, KOMUTER, TEKSI biasa, TEKSI 1M, TEKSI Limo nak buat MRT ....Uishhhh... banyak dah ni. Tapi hakikatnya penggunaan pengangkutan awam meningkatkan kos kehidupan. Mahal tau. With juz bas yg datang selepas sejam menunggu tu, belum reach lagi kawasan yang nak dituju. Let say tunggu bas 35mins, RM2.00, then you take LRT1.60, next ERL RM5.90 pastu naik bas yg paling murah 5kupang...... Eh macam tahu je kerja kat mana .... heheheh... Semua sekali termasuk kos menunggu RM10 sehala plus waktu menunggu paling singkat 100 minit bersamaan 1jam40minit. Balik another way total  RM20 and 3jam20minit....... (Quality time with family is ...... 24hours, -5hrs of tidoq, 9hrs of gheja, and 3hrs of perjalanan)......Oklah 7 jam.... plus tolak 2 jam sebab anak2 kena tidoq awal....... So you have all together 5 quality hours ...... Yelah nak menyewa or duduk di kawasan berdekatan rumah plak tak bersesuaian ......... ermm, mahal ke tak mampu.... (macam sama plak) ........SYUKURLAH MALAYSIA masih AMAN.....(pandai jugak aku buat calculation).....
Panjang plak post aku kali ni..... yelah kalau dah membebel mana tahu nak berhenti. Oklah. Jom kita pi tengok TV pastu selak2 FB cari tips mengurangkan kos kehidupan. Kalau rajin boleh dishare-share .....
   



Sunday, September 21, 2014

Bila UPSR bocor.....

Kertas upsr bocor. Ada yg suka ada yg marah. Mula bercakap sana-sini pasal integriti dn kejujuran. Yang kena tangkap highlight ....... 2 cikgu ditangkap, 3 cikgu ditangkap. Yelah ada guru yg ditangkap. Ada guru yang mungkn bersalah. Tapi nak highlight pun berpada2 lah. Aku bukan cikgu x terasa hati pun. Anak-anak aku pun amik upsr. Ya, aku sikit bengang. Aku Marah. Sebab aku tahu anak2 aku dah berusaha. Aku juga tahu bila ambil lagi sekali takkan sama semangatnya dengan nak ambil kali pertama. Tapi anak-anak aku steady je. Takpe lah mama kena ambil lagi sekali....... Cikgu dia orang pun comfortkan dia orang dan beri semangat untuk bersedia ambil periksa lagi sekali. InsyaAllah mana tahu kali ini kita dapat jawap dengan lebih sempurna. Dan dia orang yakin dengan apa yang cikgu katakan. Aku rasa comfort bila tengok anak-anak aku pun tenang. Cikgu-cikgu sekolah dia orang pun full support untuk terus membantu. Perasaan marah aku mereda. InsyaAllah biarlah pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dan menangkap mereka-mereka bertanggungjawab. Tapi bila news terus-terusan highlight cikgu...cikgu...cikgu.... aku bengang jugak..... Cikgu dah banyak bantu..... Atas cikgu tu sendiri samada ada dia ikhlas dengan kerjaya mereka. Bukan semua cikgu sama. Aku yakin cikgu2 yg mengajar anak2 aku semua ikhlas dan ramai lagi yang begitu. Ramai lagi yang ikhlas dalam profesion mereka. Sekarang aku plak jadi bengang bila news highlight mcm tu. Yang kena tgkp 10.... ramai lglh cikgu. Ramai lagi jugak yang bukan cikgu yang bersalah..... aku sekadar meluah rasa. Maaf cikgu-ckgu kerana saya pernah rasa marah. TERIMA KASIH buat cikgu-ckigu yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan anak-anak kami. .................

Coret-coret lagi .....

Sekarang dah nak masuk bulan sepuluh. Bermakna dah setahun jugalah aku di sini. Alhamdulillah... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.
Bulan 9 ni juga anak-anak ku si kembar AHMAD&AHMAD ambil UPSR. InsyaAllah. Aku sentiasa yakin dan mendoakan kejayaan buat anak-anakku.
Hari ni plak dia orang continue lagi dengan PSRA. Walau x dapat concerntrate for both dengan sempurna aku yakin dia orang dapat menjawab soalan-soalan dengan baik.... InsyaAllah.

Monday, August 11, 2014

Coret-coret sapu habukkk .....

Lama aku tak post apa-apa di dinding aku ni..... Rasa rindu nak menconteng kat sini memang ada. Tapi sering rasa tak terluah pada zahir. Jadi aku tangguh dan tangguh .... Hajat tak sampai.
Tapi hari ini nak jugak aku jenguk wall aku ni. Dari aku biar berabuk tak terjaga, biarlah walau sekali-sekala aku menjengahnya.
Last entry aku dulu tak salah aku bulan 3 ..... Masa tu Baby baru kluar hospital. Lega rasa hati Allah yang tahu ..... Masa tu rajin le ketuk keyboard ni.
So dari bulan 3 sampai sekarang of course banyak yang dah berlaku ...... Sedih, suka, duka, ceria, ria semua ada .... Alhmadulillah aku dan keluarga melaluinya dengan sempurna.
Sekarang ni bulan Syawal yang indah. Aku pun baru je kembali bekerja setelah seminggu cuti berhari raya. Aidilfitri kali ini macam biasa..... Cuma Baby dan Kakak kurang sihat first day of Raya. So sangat kurang bergambar.  Persiapan nak raya pun macam biasa last minit baru aku sediakan. Bukan apa kalau last minit baru buat baru ada feel raya yang best ..... hehehe
Alhamdulillah, Baby, Awan dan Kakak dah sihat dan cergas. Masa balik beraya di Penang tu kiranya dia orang dah okay.
Ramadhan kali ni amat best bagi aku ...... macam biasa aku suka waktu SAHUR...... Malam-malam sebelum tidur Baby akan order menu sahur dan aku bangun seawal 4.15 pagi sediakan sahur. Alhamdulillah tahun ni tak miss pun Sahur.
Masa bulan posa ni jugak Hubby melalui MPP Sub Zon I masuk pertandingan Panjut. Alhamdulillah dapat no. 3. Oklah tu pertama kali bertanding dah dapat tempat ke-3. Seronok rasa malam-malam lepak di panjut dan buka puasa di situ.
2 minggu berpuasa aku ke Sarawak. Sambung tugas interview yang belum habis. Alhamdulillah tahun ni jugak aku dilantik jadi Panel interview untuk kenaikan pangkat. Seronok sangat dengan pengalaman baru ini. Walau pun sedikit tight sebab ke Sarawak di bulan posa. Aku seronok. Maknanya dah complete satu Malaysia aku pergi. Mungkin kalau dapat ke Sarawak lagi bolehlah g jalan-jalan. Maklum le kali ni pergi tanpa kengkawan. So x berjalan sangat. lagi pulak bulan posa.........
Seronok bila dah menulis ni. Stop this entry here. I will surely come again ...... InsyaAllah.
Sweeping the air, catching the dust .....