Aku ada terbaca post seorang kawan yang ATRIA bakal berubah atau kata lain closed down ... The ATRIA dah lama shopping complex ni. Rupanya dah lama aku kat KL ni kan ..... Masa aku mula menjejak kaki kat sini SOGO pun masih tak ada. KLCC masih padang lagi bekas tempat lumba kuda. KFC paling famous kat Yow Chuan Plaza. Ha'a, Yow Chuan @ City Square pun dah tak ada. Dah jadi Double Tree sekarang. Aku ingat Ampang Park, lepas tu ada Kerry's kalau tak salah aku. Kat Ampang jugak. Macam-macamlah tak ingat dah aku.
Pagi tadi aku lalu di Phoenix Plaza. Dah usang sangat bangunan tu. Entah apa yang dia org tengah buat, entah. Pecah sana sini. 11 tahun lalu masa aku baru kahwin, masih ada lagi Fajar Hypermarket, masih ada lagi Pizza. Dulu zaman aku sekolah ada Toy'r Us yang besar kat situ. Gahnya Phoenix Plaza ....
Semua ni kenangan ....................
Aku mula menjejak kaki di KL lebih 20 tahun yang lalu. Aku masuk sekolah asrama di tingkatan satu. LAmanya kenangan tu. Masa tu aku cukup suka dengan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Mana ada lagi KL Sentral. Tapak pun belum ada. Puduraya dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur merupakan antara destinasi pertama aku ambik tahu. Maklumlah, kat situlah destinasi utama untuk pulang bila bercuti sekolah nanti.
Kalau bas, naik Ekspres Nasional, kalau kereta api mestilah naik Ekspres Rakyat. Sesekali balik bercuti sebiji macam rombongan Cik Kiah. Lepas tu kami di sekolah ada baju rasmi - warna kuning pulak tu. Meriah betul rombongan tu.
Masa dulu kalau naik bas ambil masa lebih 8 jam. Maklumlah lebuh raya pun belum siap. Bas akan melalui jalan lama. Kawasan rehat pun belum ada kawasan rehat dan rawat (R&R) macam sekarang. Seingat aku destinasi rehat yang pernah aku singgah adalah di Slim River dan Tanjung Malim. Kawasan ini juga menyediakan gerai makanan, tandas dan surau. Cuma tidak sehebat yang ada sekarang.
Kalau naik kereta api pula kadang-kadang perjalanan mengambil masa sampai 12 jam. Aku suka naik keretapi. Kat stesyen ada A&W. Ekspres Rakyat akan berhenti di setiap stesen. Koc pula sentiasa penuh. Ada yang dapat duduk di kerusi, duduk di lantai, ada yang berdiri. Ada yang pasang buai. Yang duduk macam berkelah pun ada.
Macam-macamlah masa tu. Bertuah sebenarnya kerana aku pernah melaluinya.
Sekarang ni mungkin kita dah tak melalui semua ini. Zaman kian berubah, teknologi dah semakin maju. Kita pula perlu bergerak seiring dengan peredaran waktu dalam mengejar kemajuan. Perjalanan menaiki bas juga dah semakin singkat. Belum lima jam, dah sampai ke destinasi. (bagi perjalanan KL ke Butterworth). Bagi yang menaiki kereta api pula, tiada lagi yang berdiri atau duduk di koridor. Tiada lagi tingkap yang boleh dibuka. Semuanya dah ada penyaman udara.
Untuk aku yang tinggal Cuma kenangan. Kenangan itu indah. Indah untuk dikenang. Indah untuk dimimpi-mimpikan............ Indah itu kekadang jua mengundang sepi yang teramat sangat........ Tapi aku percaya yang sepi itu jua indah ....... Ya ALLAH, rahmatMu ku pohon ..... Amin.