HAri ni aku di office.... seharian penat semalam tapi berbaloi. Nantilah aku update cerita semalam.
Alhamdulillah, harini my Baby (Syafiq Amani) dah pergi sekolah. InsyaAllah dia akan dapat menjalani sesi persekolahan dengan baik. Kesian dia dah lama tinggal sekolah. Hari ni pulak dah start exam sekolah agama.
2 Mei 2011, Hari ini hari ulang tahun kelahiran my dear Hubby yang ke 35. Hari tu sepatutnya nak celebrate sikit2. Family celebration .....
Tapi baby macam letih jek. Batuk dia pun semakin menjadi-jadi. Demam dia semakin berkurang. Mahu tak mahu kami decided nak bawa dia g Hospital Kajang. Memanglah Hospital Serdang lagi dekat ngan rumah tapi mungkin sebab dah biasa check up dia di Hospital Kajang so kami ke sana. Sampai sana baby masih tidur. Aku g tanya dulu posedur kat kecemasan. Bangun tidur aku tengok dia jalan ke emergency. Doc check kat luar tu then terus ke bilik rawatan asthma. Baby kena ambil nebulizer. Tiga kali dia amik nebulizer. Asthma dia berkurang tapi oksigen tak reach 96 on air. KAmi masuk ke wad bahagian kecemasan (ED). Amik oksigen. Bawa dia g xray. Dia pun dah nampak letih, lapar lagi. Result darah and xray ada jangkitan kuman. So kena warded.
Sedih aku. TAk palah asal baby baik. Ya Allah... Kami masuk wad 7. 2 hari jugaklah kat sana. wednesday petang boleh keluar. With all the ubat. Alhamdulillah. Kat rumah ada satu lagi masalah. Antibiotik warna putih yang dibekalkan tu dia tak dapat telan. Habis muntah. Dengar pasal antiboitik tu pun dah boleh buat dia muntah. Antiboitik (zinnat). Salah aku jugak. Doc dah prescribed tablet aku agree ngan farmasi to change to suspension.
Friday g ward lagi amik darah. Harap blood test result ni okay. Aku bermohon padaMU, Ya Allah. Masa ni aku g tanya doc pasal Zinnat tu. Doc tukar. Senang jugaklah dia makan tablet tu. Hari ni tinggal lagi dua hari nak abiskan Zinnat. Aku nak ucapkan terima kasih pada doc-doc and nurses kat Hospital Kajang. Tq for being so nice. Dr Nur Ain yang cantik, Dr Boss, Dr Annie, Dr Zafrul, Dr Azrul and ramai lagilah. SN pulak yang aku ingat SN Farizan. MAaflah tak ingat semua. TQ for being so nice.
Ya Allah, aku bermohon padaMu agar segala-galanya selamat. Aku bersyukur atas kurniaan yang telah engkau berikan. Amin.
20 Mei 2011 nanti dia punya check up. Hope everything will be ok. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment