I'm listening to the radio .....

Friday, April 13, 2012

KOSONG ...

Kenyataan memang menyakitkan. Hakikatnya kita telan dan tak payah nak banyak persoal sebab kita pilih semuanya. Kita dah jalani lorong yang berliku. Kita dah terjah onak yang berduri.

Kita dah pernah sakit jatuh terduduk. Kita tahu juga untuk bangun. Kita bukan manusia yang dah jatuh tunduk tertiarap.

Hakikat perjalanan hidup kita memanglah tak seindah impian. Tak seindah gapaian bintang di langit. Tapi yang pasti lorong itu telah jadi pilihan sebelum kita mula berjalan. Pastinya sama ada kita berpatah balik atau terus menjalani likunya. Kerana kita pernah yakin dengan lorong yang dipilih. Kita pernah mengimpikan yang pengakhiran lorong itu suatu keindahan. Ranjaunya, onak dan durinya pasti ada untuk kita tempuh. Sempit, luasnya lorong perlu kita jalani.

Untuk apa kita menyesali sedangkan pengakhiran belum kita ketahui. Andai bukan jalan hitam yang kita pilih, kita pasti bukan sesat di jalan salah.
Kita manusia kerdil yang diberi akal fikiran untuk berfikir secara sendiri. Untuk berkata ya tanpa dipaksa atau untuk mengiakan walau tidak dipaksa. Untuk menurut sahaja yang benar atau yang salah.

Hati kita pernah yakin dengan pilihan yang kita buat. Perlukan penyesalan itu ?

No comments:

Post a Comment