I'm listening to the radio .....

Sunday, April 12, 2015

Bagaimana timbul nama MALAYSIA .....


Bagaimana timbul nama MALAYSIA ....
Gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. 
Kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALAYSIA.

Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’.

Semuanya membawa maksud yang hampir sama - ‘tanah’. 
‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/ Eropah
‘tan’ dari bahasa Farsi, dan 
‘ia’ dari bahasa Latin.

Nama-nama berakhir dengan ‘land’ :
 - England (Tanah bangsa Angels)
 - Iceland (tanah air batu atau ‘ice’)
 - Scotland (tanah bangsa Scots) 
 - Swaziland (tanah bangsa Swazis) 
 - Finland (tanah bangsa Finns) 
 - Thailand (tanah bangsa Thai).

Nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ : 
 - Pakistan (tanah suci)
 - Tajikistan (tanah bangsa Tajik)
 - Afghanistan (tanah bangsa Afghan)
 - Kyrgyztan (tanah bangsa Kysgyz). 
Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. 
Antaranya termasuk : 
 - Russia (tanah bangsa Ross)
 - Somalia (tanah bangsa Somali)
 - Algeria (tanah bangsa Algiers)
 - Bolivia (tanah bangsa Bolivars)
 - India (tanah sungai Indus)
 - Columbia (tanah Columbus)
 - Mongolia (tanah bangsa Mongols)
 - Ethiopia (tanah bangsa kulit hitam)



Dengan penjelasan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU.

Jadi MALAYS-IA bermakna : 
 - MALAYSIA - LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.


#sharingiscaring #syukurlahMalaysiamasih aman #Malaysia


No comments:

Post a Comment