I'm listening to the radio .....

Monday, July 18, 2011

Kenapa? katakan kenapa .....

Pagi ni aku ditanya satu soalan:

Kenapa Mountain Dew ni sedap ek kak ?
...... sambil ketawa aku jawab sebab dia sedap. Hahahah.

Hmmmmm....

KEnapa saya sayang awak?
Sebab saya sayang awak.

KEnapa saya suka makan ikan?
Sebab saya suka makan ikan.

KEnapa saya hijau?
Sebab saya suka hijau.

KEnapa saya suka asam pedas?

Sebab saya suka asam pedas.

KEnapa saya suka ketawa?
Sebab saya suka ketawa.

Ermmmm ......


KEnapa saya sayang awak?
Sebab awak baik dengan saya, awak faham saya, awak terima saya seadanya.

KEnapa saya suka makan ikan?
Sebab ikan tu sedap, masak apa pun sedap, kalau ikan goreng dengan bawang lagi sedap.

KEnapa saya suka hijau?
Sebab hijau buat jiwa saya jadi tenang, hijau mendamaikan, hijau memang cantik dan buat saya rasa segar.

KEnapa saya suka asam pedas?
Sebab asam pedas best, senang nak masak.

KEnapa saya suka ketawa?
Sebab ketawa tu awet muda, ketawa tu buat saya lupa pada segala masalah buat seketika.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEnapa aku tulis blog?
Sebab aku nak tulis blog. Aku saja nak cari tempat nak bersantai. BUkan nak menulis fakta sains, sejarah atau geografi. Bukan nak paparkan tentang kehebatan aku. Bukan nak paparkan apa-apa. Aku cuma menulis untuk diri aku. MEncari ruang sempit antara diri ini dan meluah rasa yang kekadang amat menyesakkan diri. MEnulis bukan untuk menempah sebarang populariti. Aku memang menulis untuk diri sendiri. Bukan nak raih sebarang simpati. Cuma mungkin dengan kecanggihan teknologi aku pilih medium ni.....

Hmmmm ..............

KEnapa jawapan kat atas tu panjang?
Sebab dah terpanjang pulak jadinya. AKu pun tak tahu.



Thursday, July 14, 2011

It's Sweet ....

HAri ini aku terima satu khabar gembira. Seorang teman telah selamat melahirkan sepasang kembar (boy and girl) so sweet. They must be as cute as their mom. Alhamdulillah and congratulations.

Sharing my joy through fb , she replied with short notes ... tips pls. Hahahaha. Do I have tips ? .....  

Dah sembilan tahun umur kembar ku. Sepasang kembar lelaki, yang bagiku sangat berbeza. Kalau dilihat sekarang ibarat abang dan adik. My first twin, Ahmad Zulsyazwan Ilhami. Dialah Awan yang handsome. Si adik pulak, Ahmad Zulsyafiq Amani, Baby yang comel. Anak aku yang sulung, perempuan, Ziti Nursyafiqah Ilhani, Kakak yang cantik. Beza umur setahun 4bln, she was born on 2nd March, 2001.  (Both c-sect).
I used to ask them since they're small, "Siapa cantik? The three would answer "kakak". So cute.

THey're born on 2nd  July, 2002. I guess July is the month for twins. Just coincidence...

Dari masa aku mengandung, I keep worrying, can I take care of them. Three of them at the same time. The sister is only 1yr 4mth at the time...... But my hubby and I buat decision, susah macam manapun kita jaga sendiri. KEsian kalau pisah-pisahkan. InsyaAllah.

And aku keep on thinking about my previous experience with twins that I know. They are separated since they're small. Dan adillah yg sering mereka perkatakan bila dah sekolah. Aku tak nak anak aku macam tu.


So Aku bertekad dengan penuh azam yg aku akan membesarkan anak-anak tu di depan mata aku. Biar susah sikit tak apa asalkan mereka tidak dipisahkan. AKu tak nak apa yang sering aku tak puas hati dengan orang lain jadi dengan aku. 

Aku berpantang di rumah mak aku. Di Kepala BAtas. My second twin tu saiz dia sedikit kecil. Masa lahir 2.3, takut jugak aku nak pegang dia. Maklum le, kakak dia lahir 3.25. Kembar dia pulak 2.95. Jauh beza tuh. Dari kecil dia sangat rapat dengan tok,(mak aku). Kalau tidor ngan mak aku dia diam. So si kembar ni rapat dengan tok while kakak sangat rapat ngan abah (arwah) aku 

DAri situ aku dah plan . The twins takkan tidor dalam buai. I trained them to sleep without buai since they're babies. Alhamdulillah it works really well. After maghrib aku akan ganti pampers dia org and put them to bed. They usually sleep at 8-8.30pm. Aku memang selalu letak dia orang berdua. Sebab kalau separate susah sangat dia org nak tidor. It's sampai besar ..... They can sleep on a single bed together, even their bed actually a pull out bed. NAk beli katil baru gak ni... 

BIla kita kuat dengan azam, niat kita baik, ALLAH akan sentiasa bersama kita. Aku dapat bibik yang jaga anak aku di siang hari. Dia datang every day, pagi starting from 6.30 am and akan balik dalam 6.30 pm or lambat sikit. Tapi kalau aku balik lambat dia akan tunggulah. Anyway memang aku pun yang akan hantar dia balik. Dia jaga anak aku since they're 6 mths, the sister is about 2 sampai they're 4 yrs and kakak started her kindie. 

My bibiknye kg. di Nias, tak jauh dari Acheh. About a year after Tsunami dia balik sana bcos her kg. pun kena gempa and her parents terpaksa pindah. Dia still in touch ngan my family sampai the twins nak masuk year one. Then dia pun dah lost contact ngan kita org. We lost her number...... She's a nice bibik. (not all maid are ..... hmmmm)

Aku pun tak de sgt tips utk kawan aku tuh. Yg aku ingat both parents (aku ngan hubby aku) sangat cooperate. So tak penah lah gaduh2 pasal nak bangun malam nak buat susu. TApi yang menariknya, my children semua suka abah dia yang buat susu since kecil.  They called their susu "panas". And they'll shout like "Abah, nak panas.....". Sweetkan.
And up to now, dia orang akan minta abah yang buat milo or air teh. How nice.....

Awal bulan aku akan stock up dia orngnya brg. 8 tin susu S26 for the twins and 4 tin Delilac for kakak. Diapers masa tu Kao MErries, about 8 pcks jgk per month. Aku breast feed dia org tak lama. Start keje mula berkurang. MAsa tu aku pun kurang terdedah kepada breastfeeding. PAkai breast pump pun yg manual. BErsalin pulak kat private hospital. Hmmm..... 

Seronok tengok dia orang masa kecil, aku letak atas katil sambil aku masak, and jengok dia org main ngan kakak... Bila ingat balik tak susah rupanya jaga twin ni. Thanks to my daughter, memang dia banyak tolong aku. JArak umur memang tak banyak beza tapi dia memang boleh jaga adik-adik. (not at time dia naik angin lah). Aku teringat satu hari aku had a bad stomach. So I need to go to the loo's for quite long, mandi lagi. So I leave them with kakak. They're about 2yr. Kakak 3 yrs. The twins keep looking for me. And kakak had to do somthing to make them diam. Then aku dgr dia macm bercerita2. Adik2 pun diam jek. Keluar dari toilet rupanya she was holding a blue marker pen, and drawing on the wall. She was telling stories that I don't know what. Her adiks were watchng penuh kagum.....

Sampai besar aku yakin dengan dia. She will take care adik2 to the best that I know. Love them so much.

Some up and down masa besarkan dia org. My first twin ada VSD. And my second twin ada asthma, pernah masuk ICU. Alhamdullillah semuanya ok. THe brother dah buat operation in 2006 kat IJN. The second twin memang still continue check-up kat Hospital Kajang. InsyaAllah, dia sihat dan aktif. Both of them are. They love football. Their favorite team (now) is Malaysia. Even kakak pun suka main bola. 


PAnjang coretan aku kali ni. Doaku semoga anak-anakku sentiasa sihat walafiat. MEnjadi anak-anak yang soleh, sihat, pintar dan cerdas, dilindungi ALLAH swt. Amin.

Tuesday, July 12, 2011

Amalan Rasullullah tentang pemakanan ....

Masih lagi membaca buku yang sama. BEst pulak bab semalam thot of sharing diet pemakanan. So kalau nak tahu what's inside the book, kenalah jugak beli buku ni. It's worth buying. Cantik dan comel lak tu .....

Rasullullah adalah seorang yang amat menjaga soal pemakanannnya. Ada beberapa perkara yang dielakkan dalam makanan beliau. Umumnya ramai juga yang dah tahu:







NAbi melarang kita memakan makanan laut dan makanan darat bersama kerana ianya mudah mendatangkan penyakit. Ahli Sains mengkaji dan mendapati bahawa dalam badan ayam mempunyai ion positif dan ikan mempunyai ion negatif, dan kalau bercapur akan menghasilkan tindak balas bio kimia yang boleh merosakkan usus.

So antara menjadi favorite dessert kita of course koktel buah-buahan.  Actually campuran susu dan buah tak elok untuk tubuh. So elok kita elakkan supaya tidak tambah memudaratkan.

Lastly, I end up with diet tips: Mungkin aku bukan le orang terbaik nak bagi diet tips. Still, sharing is caring. Mana tahu kalau kita sama-sama amalkan kita akan dapat manfaat bersama:

1. Amalan makan buah selepas makan nasi sebetulnya kita kena makan buah dulu sebelum makan nasi.
2. Tidurlah selepas makan - tidurlah sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan.
3. Tidak makan malam kerana berdiet - sebaiknya kita tidak meninggalkan makan malam kerana ianya menyebabkan seseorang itu cepat tua dan pembentukan kolestrol dalam bdan menjadi berlipat kali ganda.

InsyaAllah, kita akan dapat manfaat bersama. Selamat mencuba.

Sunnah berkaitan memasak .....

Sharing is caring ....

Tengah membaca buku "Memasak itu Mudah" written by Rohayati Bakri keluaran PTS. Juz nak share something. AKu memang suka membaca yang mudah-mudah. Buku ni best ringan dan payah pecah kepala fikir and tak de emosi-emosi. lagi satu buku ni kaler pink, tenang aku tengok. Tu yang aku suka tuh ....
Inilah bukunya.

Kat sini ada diberi beberapa sunah yang elok diamalkan ketika memasak. So memasak pun ada sunnahnya. Jangan le main main masak je. Kita kan nak masak untuk family. Memasak perlu diselami dengan rasa ikhlas dan penuh kasih sayang.

Ikan cencaru belah belakang - favorite aku nih.

Here's some list of sunah yang diamalkan ketika memasak:

1. Ambil wuduk sebelum mula memasak.
2. Tutup kepala dan pakai pakaian yang menutp aurat.
3. BAca doa sebelum masuk dapur.
4. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah ketika melakukan aktiviti memasak. Cthnya: membasuh ikan
5. Cuci dengan air mengalir, sebaik bilas 3 kali dan berselawat.
6. Elakkan masak makanan laut bersama ayam dan ikan di dalam satu menu.
6. Lakukan aktiviti dengantangan kanan.
7. Kacau masakn lawan arah jam
8. Baca doa bg setiap aktiviti yang dilakukan.
9. Tutup bekas makanan apabila sudah dimasak.
10. Masak makanan berkuah lebih berkat.
11. Buat hidangan dalam jumlah ganjil.
12. Hidang makanan apabila orang sedia untuk makan, Jgn biar makanan menunggu.
13. Makan berdua @ lebih ramai lebih bagus.
14. Makanan yg disentuh oleh byk tangan lebih berkat.
15. HAbiskan makanan dalam pinggan. Kita tak tahu makanan mana yang berkat.
16. Elak minum air semasa makan. Minum sebelum atau setengah jam selepas makan.
17. Makan menggunakan tangan kanan dan jilat jari selepas makan.
     (Ahli Saintis telah membuktikan enzim di celah jari adalah 10 kali lebih baik dari enzim air liur. Enzim adalah baik untuk penghadaman makanan. Tanpa enzim makanan tak hadam).

So apa kata kita cuba amalkan sunnah-sunnah ni setakat mana yang termampu. Kalau tengok list yang 17  ni rasanya diri sendiri pun banyak yang tercicir. Yang no.1, berwuduk, kalau memasak selepas solat subuh atau maghrib insyaAllah masih dalam wuduk tapi kalau waktu lain tu, hmmm.....entahlah. InsyaAllah akan cuba untuk amalkan sedapat boleh. Takkan buat entri je kot ek ......

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0

Siapa suka bersih. Saya pun suka bersih. Suka tangan yang bersih, kaki yang bersih, baju yang bersih, meja yang bersih, rumah yang bersih dan persekitaran yang bersih. So bestlah kalau bersih ....

Kenapa kebelakangan ini semua orang nak cakap pasal bersih. BErsih di TV, bersih di radio, bersih di paper. BAgus jugaklah sebab persekitaran kita memang tak bersih. Sampah merata-rata, longkang tersumbat kotor pun nampak. So kena sepatutunyalah kasi bersih.

Tapi berminggu dengan bersih, kiri bersih, kanan bersih tapi jumpa juga sampah, kotor juga longkang, nampak juga kawasan yang tak terjaga. So belum bersihlah. Bila nak bersih ? TAkkan nak tunggu sampai ada demonstrasi baru nak bersih. Kalau buat demonstratasi jalanan lagilah tak bersih. Lagilah kotor jalan-jalan kita. Kotorlah bandar kita. JAdi wajarkah ada bersih tu? PErlukah kita meramaikan majlis sbegitu rupa ? Sedangkan hakikatnya kita tambah mengotorkan yang sedia ada.

Mungkin sekadar simbolik ini di sebalik semua yang telah dan bakal berlaku.

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada side positif dan negatifnya. Mungkin apa yang dimahukan itu ada kebenarannya. Tapi sedarlah yang matlamat tak menghalalkan cara.

Ingat kejadian BErsih 1 dulu. Polis mengadakan sekatan jalan raya. Kita tak bleh nak shopping. Lecehlah semua ni.

Aku ni bukan into politic sangat. BEsa-besa jek. Takat2 baca paper sikit. NAk tunggu news pun kekadang membosankan. Nanti takut pulak ada announcement harga barang naik lagi. Heheh, biar aku bayar je dari aku tau. Serabut kepala. HAkikatnya memang harga barang yang asik naik ni menyesakkan nafas ku.

BErsih 1. masa tu somewhere in November 2007. Banyak polis buat road block. Semua pada awalnya cakap nak buat perhimpunan secara aman. Tapi kecoh jugak. Bila kecoh kita mula rasa tak selamat. Mula terfikir apa nak jadi kalu terus kecoh Macam2 lagi ada dalam kepala kita ni. Hmmm... aku nak teruskan ke entri aku pasal bersih ni. Sudah-sudah lah tu cik kak oi......