I'm listening to the radio .....

Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Amalan Rasullullah tentang pemakanan ....

Masih lagi membaca buku yang sama. BEst pulak bab semalam thot of sharing diet pemakanan. So kalau nak tahu what's inside the book, kenalah jugak beli buku ni. It's worth buying. Cantik dan comel lak tu .....

Rasullullah adalah seorang yang amat menjaga soal pemakanannnya. Ada beberapa perkara yang dielakkan dalam makanan beliau. Umumnya ramai juga yang dah tahu:







NAbi melarang kita memakan makanan laut dan makanan darat bersama kerana ianya mudah mendatangkan penyakit. Ahli Sains mengkaji dan mendapati bahawa dalam badan ayam mempunyai ion positif dan ikan mempunyai ion negatif, dan kalau bercapur akan menghasilkan tindak balas bio kimia yang boleh merosakkan usus.

So antara menjadi favorite dessert kita of course koktel buah-buahan.  Actually campuran susu dan buah tak elok untuk tubuh. So elok kita elakkan supaya tidak tambah memudaratkan.

Lastly, I end up with diet tips: Mungkin aku bukan le orang terbaik nak bagi diet tips. Still, sharing is caring. Mana tahu kalau kita sama-sama amalkan kita akan dapat manfaat bersama:

1. Amalan makan buah selepas makan nasi sebetulnya kita kena makan buah dulu sebelum makan nasi.
2. Tidurlah selepas makan - tidurlah sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan.
3. Tidak makan malam kerana berdiet - sebaiknya kita tidak meninggalkan makan malam kerana ianya menyebabkan seseorang itu cepat tua dan pembentukan kolestrol dalam bdan menjadi berlipat kali ganda.

InsyaAllah, kita akan dapat manfaat bersama. Selamat mencuba.

Sunnah berkaitan memasak .....

Sharing is caring ....

Tengah membaca buku "Memasak itu Mudah" written by Rohayati Bakri keluaran PTS. Juz nak share something. AKu memang suka membaca yang mudah-mudah. Buku ni best ringan dan payah pecah kepala fikir and tak de emosi-emosi. lagi satu buku ni kaler pink, tenang aku tengok. Tu yang aku suka tuh ....
Inilah bukunya.

Kat sini ada diberi beberapa sunah yang elok diamalkan ketika memasak. So memasak pun ada sunnahnya. Jangan le main main masak je. Kita kan nak masak untuk family. Memasak perlu diselami dengan rasa ikhlas dan penuh kasih sayang.

Ikan cencaru belah belakang - favorite aku nih.

Here's some list of sunah yang diamalkan ketika memasak:

1. Ambil wuduk sebelum mula memasak.
2. Tutup kepala dan pakai pakaian yang menutp aurat.
3. BAca doa sebelum masuk dapur.
4. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah ketika melakukan aktiviti memasak. Cthnya: membasuh ikan
5. Cuci dengan air mengalir, sebaik bilas 3 kali dan berselawat.
6. Elakkan masak makanan laut bersama ayam dan ikan di dalam satu menu.
6. Lakukan aktiviti dengantangan kanan.
7. Kacau masakn lawan arah jam
8. Baca doa bg setiap aktiviti yang dilakukan.
9. Tutup bekas makanan apabila sudah dimasak.
10. Masak makanan berkuah lebih berkat.
11. Buat hidangan dalam jumlah ganjil.
12. Hidang makanan apabila orang sedia untuk makan, Jgn biar makanan menunggu.
13. Makan berdua @ lebih ramai lebih bagus.
14. Makanan yg disentuh oleh byk tangan lebih berkat.
15. HAbiskan makanan dalam pinggan. Kita tak tahu makanan mana yang berkat.
16. Elak minum air semasa makan. Minum sebelum atau setengah jam selepas makan.
17. Makan menggunakan tangan kanan dan jilat jari selepas makan.
     (Ahli Saintis telah membuktikan enzim di celah jari adalah 10 kali lebih baik dari enzim air liur. Enzim adalah baik untuk penghadaman makanan. Tanpa enzim makanan tak hadam).

So apa kata kita cuba amalkan sunnah-sunnah ni setakat mana yang termampu. Kalau tengok list yang 17  ni rasanya diri sendiri pun banyak yang tercicir. Yang no.1, berwuduk, kalau memasak selepas solat subuh atau maghrib insyaAllah masih dalam wuduk tapi kalau waktu lain tu, hmmm.....entahlah. InsyaAllah akan cuba untuk amalkan sedapat boleh. Takkan buat entri je kot ek ......