I'm listening to the radio .....

Tuesday, June 28, 2011

Kenapa ? Why ..... and why.

Sebenarnya kenapa ..... aku sering bertanya pada diri aku sendiri mengapa begini. Kekadang sukar benar nak meluahkan apa yang terbuku di hati aku. Kekadang mudah benar aku meluahkan rasa di hati aku. Aku lupa pula nak ambil kira surrounding aku. Aku lupa pula nak ambil kisah tentang hati dan perasaan orang. Aku lupa untuk hormat pada pada sesiapa yang sepatutnya aku perlu hormat.

Aaaaaaaaaaa ............ Tapi apa yang aku buat pada masa dan ketika kejadian seakan tak salah pulak. Hmmmmm ....... Manusia belajar dari kesilapan. Aku? aku belajar tak ...

HAri ni pun aku buka blog ni bila aku terfikir nak meluahkan sesuatu. Tetapi bila jejari ni mula menaip aku jadi buntu dan kaku. KEsian aku. Aku pun tak tahu di mana silap hati ini. Mungkin kerana aku sering kali menyembunyikan rasa hati aku, jadi aku menjadi kurang yakin setiap kali aku cuba menyatakan yang tersirat.

Alhamdulillah, dalam banyak hal aku sering mengambil sikap yang positif.
Aku percaya di sebalik setiap kepayahan itu ada hikmahnya. AKu percaya di sebalik setiap kepedihan itu ada manisnya.

Entahlah ...... Tiada manusia yang sempurna. Aku pun tak sempurna. Tapi tetap cuba mencari kesempurnaan itu.

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Chorus:

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Repeat *)

(Repeat chorus)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

(This is a song - CELA from a group who called themselves BONEKA)

From me to me : To the question of your life, you are the only answer. To the problem of life, you are the only solution.


1 comment:

  1. kita hanya manusia biasa..mudah alfa,tidak dapat lari dari membuat kesilapan, tidak dapat tidak untuk menepis masalah yang nak hinggap kat kepale...

    ReplyDelete