Assalamualaikum
Hari ini seorang
kawan share a tips of having fun to & at work …… example yg dia beri
is:
Fran Solomon
mempunyai cara yang tersendiri bagi menghilangkan kebosanan dan tekanan semasa
memandu. Bagaimana? dengan membayar tol untuk kereta di belakangnya, Baginya
melabur $1 untuk mencipta keseronokan amat berbaloi!
Rasa menarik plak
….. And dia share the book she’s reading….. (kawan aku ni memang jenis yang rajin membaca). Bukan macam aku yang suka tapi tak rajin ……
Anyway back to
the book ……. Sebab terasa tarikan buku tu so aku pun apa lagi tanyalah Pakcik
Google: Pakcik google kan baik hati …. Dia pun jawablah pertanyaan aku tuh …….
TQ Puan Norlida Mohd Ibrahim and Pakcik Google …….
So here’s the
synopsis and and sikit-sikit inti pati buku tu yang aku ambik dari website PTS
(http://www.bookcafe.com.my/en/pembangunan-diri/55-petua-seronok-bekerja.html)
Penulis : Ahmad
Fadzli Yusof, Mohd Fadzilah Kamsah, Jumlah Muka surat
: 176 Pages
Buku ini adalah
himpunan idea-idea bagaimana seronok di tempat kerja. Seronok bekerja bukan
bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja kita. Kerja kita adalah
menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Tetapi, bagaimanakah
hendak menjadikan semua ini seronok?
Pada zaman Greek
dan Yunani, yang bekerja hanyalah golongan hamba. Sebelum tiba zaman
Renaissance, ada dua kelompok pekerja iaitu artisan dan pekerja biasa. Benjamin
Franklin pula mencanangkan idea tentang ‘kerja adalah suatu tugasan yang
mulia’. Bukan untuk mencari kekayaan, tetapi sebagai sumbangan kepada diri
sendiri. Apabila tibanya revolusi Industri, pekerja dibahagikan kepada dua
iaitu buruh kasar dan profesional.
Awal abad ke-20,
muncul idea tentang kesatuan sekerja, idea-idea Marxist dan sosialis bagi
membela para pekerja. Pada tahun 1980-an, pelbagai idea berkenaan pengurusan
muncul, antaranya seperti Total Quality Management (TQM) dan sebagainya. Pada
tahun 1990-an, bermulanya idea-idea kreatif berkenaan kerja berpasukan,
pemerkasaan dan beberapa lagi idea yang terkenal.
Sekarang kita
berada dalam abad ke-21. Pada masa ini, dunia bergerak dengan penuh pesat.
Semuanya cepat dan tangkas. Kos mesti dijimatkan, kerja pula ditambah-tambah.
Semakin banyak masa ‘disedekahkan’ pada komitmen di tempat kerja. Overtime,
outstation, mesyuarat, kursus, se-minar, konvensyen dan banyak lagi
‘alasan-alasan’ mesti berada di tempat kerja. Kerja sudah menjadi peratusan
yang besar dalam hidup kita. Bangun pun kerja, tidur pun kerja, makan pun
kerja, minum pun kerja, main pun kerja dan semuanya kerja!
Apabila
sebahagian besar hidup kita diperuntukkan untuk kerja, kenapa kita perlu
tertekan dengan kerja? Adakah kita perlu habiskan masa lapan sehingga dua belas
jam sehari berada dalam keadaan stres dan murung? Tertekan dan tension? Adakah
perlu begitu?
Itu tidak perlu!
Kerana kita berhak 'seronok' di tempat kerja. Kitalah yang membuat pilihan sama
ada hendak seronok di tempat kerja ataupun moyok di tempat kerja. Apabila kita
seronok, kerja bukanlah satu beban. Tetapi sekiranya kita moyok, kita berisiko tinggi
mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular! Nauzibillah…
Buku ini adalah
himpunan idea-idea bagaimana rasa seronok di tempat kerja. Seronok bekerja
bukanlah bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja kita. Kerja kita
adalah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Tetapi,
bagaimanakah hendak menjadikan semua ini seronok?
Ya, sekarang kita
tidak perlu bersusah payah lagi bagi mendapatkan idea 'seronok bekerja'.
Walaupun sebahagian besar idea buku ini banyak dikutip daripada pengalaman dari
Barat, namun apa yang penting kita dapat belajar daripada kelebihan dan
keterhadapan mereka. Dalam masa yang sama, ada beberapa idea yang dikutip
daripada sumber-sumber seperti Quran dan hadis, sejarah, tokoh-tokoh tanah air
dan banyak lagi. Semoga ia memberikan sedikit sebanyak panduan untuk seronok
bekerja.
Isi Kandungan
Bahagian 1 :
Jadilah Seorang yang Seronok
Petua
1 : Ketawa Pengikat Kemesraan Bersama
Petua
2 : Ketawalah, Kita akan Relaks
Petua
3 : Apabila Kita Seronok, Kita Menyeronokkan Orang Lain
Petua
4 : Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua
5 : Ringankan Tangan Kita: Pasti Ia Berbaloi
Bahagian 2 :
Mudah Tetapi Seronok
Petua
6 : Bantulah Orang Lain Kita Pasti Seronok
Petua
7 : Amalkan Sentuhan Keinsanan
Petua
8 : Makan Bersama, Seronok Bersama
Petua
9 : Main Permainan Zaman Kanak-kanak
Petua
10 : Letakkan Benda Asing di Pejabat Kita
Petua
11 : Buat Perkara yang Tidak Diduga
Petua
12 : Dapatkan Kedamaian, Lakukan Sesuatu!
Petua
13 : Dengarkan Loceng Tanpa Minda
Bahagian 3 :
Seronok Sebagai Motivasi
Petua
14 : Jadikan Seronok sebagai Ganjaran
Petua
15 : Cuti Mengejut bagi Prestasi yang Memberangsangkan
Petua
16 : Bonus-Berikan Secara Kreatif!
Petua
17 : Galakkan Orang Lain Memberi Ganjaran
Petua
18 : Tidak Seronok? Tingkatkan Motivasi Kita!
Petua
19 : Komunikasi yang Seronok!!
Petua
20 : Luahkan Penghargaan Kita
Petua
21 : Hiasi Wajah dengan Senyuman
Petua
22 : Kelakarkan Mesej yang Sukar
Bahagian 5 :
Rancang Sesuatu yang Seronok
Petua
23 : Kerja Betul-betul, Main Betul-betul
Petua
24 : Anjurkan Pertandingan Ketawa Petua
Petua
25 : Gores dan Menang!
Petua
26 : Rancang Percutian yang Menyeronokkan
Petua
27 : Jadikan Pejabat Umpama Syurga
Bahagian 6 : Saya
Suka Mesyuarat
Petua
28 : Mesyuarat: Kenapa Perlu Bosan?
Petua
29 : Mesyuarat yang Gamat: Kenapa Tidak?
Petua
30 : Berseronok Memberikan Pendapat
Petua
31 : Carilah Kata Sepakat Bersama
Petua
32 : Gunakan Enam Topi yang Sebenar
Petua
33 : Lagi Idea Seronok Mesyuarat
Bahagian 7 :
Majikan yang Seronok
Petua
34 : Jangan Drastik: Buat Perubahan
Perlahan-lahan
Petua
35 : Pilih Pekerja yang Menyeronokkan
Petua
36 : Wajibkan Akujanji Ceria
Petua
37 : Adakan Sambutan Pekerja Baru
Petua
38 : Berikan Kebebasan Bersuara!
Petua
39 : Kemudikan Bahtera Bersama-sama
Petua
40 : Adakan ‘Hari Kasual’
Bahagian 8 :
Permainan yang Menyeronokkan
Petua
41 : Jadikan Kerja Satu Permainan!
Petua
42 : Guli Siapa paling Banyak?
Petua
43 : Buat Kotak Permainan Pejabat
Petua
44 : Letakkan Tanda Rehat di Atas Meja
Petua
45 : Ulang Tahun Hari Lahir yang
Menyeronokkan
Petua
46 : Mari Menjadi Juara
Petua
47 : Formula Satu Sudah Bermula
Petua
48 : Adakan Kuiz Minda!
Petua
49 : Menyunting Bintang di Langit
Petua
50 : Hari Tema Bulanan
Petua
51 : Korbankan Lembu Itu
Bahagian 9 : Hati
Damai yang Seronok
Petua
52 : Carilah Rahmat di Pejabat
Petua
53 : Ingat Mati! Kita akan Berkualiti
Petua
54 : Ukhuwah untuk Pasukan yang Gagah
Petua
55 : Belailah Jiwa dengan Tazkirah
Hmmm …… menarik….
Mulalah hati berkobar-kobar nak menjengah kedai buku, mencari. Kalau tak jumpa
terpaksa le aku menapak kat library. Nak beli buku lagi ? ……. (sambil
membayangkan buku-buku kat rumah yang tengah bersepah dan belum bersusun tuh
….. adesss, dush) tapi apa salahnya ilmu sekarang susah nak dapat percuma. Yang
percuma, Alhamdulillah. Yang kena beli, kita galilah …… ye tak … ?
Jomlah sama-sama
kita cari sedikit ilmu dan manfaat dari buku ni ……
cayalah...dah rajin tulis blog sekarang
ReplyDelete