I'm listening to the radio .....

Thursday, October 3, 2013

Merdeka dulu bukanlah yang sekarang ..........

Sebenarnya ada satu artikel yang aku saja-saja tulis ..... mulanya ingat nak nak post kat rakan1klik masa Merdeka ...... tapi aku terlupa  .............. Tak pelah biarlah aku tepek kat sini so aku bleh delete simpanan aku tuh .....

Ditulis 18.07.2013 -  pagi

Pagi-pagi dah bersiap. lagaknya bagai ada destinasi pagi yg penting utk dtujui. baju dipakai siap
di seterika. rambut disisir kemas berminyak.
"Mak, keluar sekejap". sahut jelas didengar dari luar. Mak cuma menjengah. Senyum manis.
Kayuhan basikal laju-laju, tak jauh pun tempat nak dituju.
Sampai rumah Aman, dah siap menunggu. Aman pun kemas segak pagi-pagi.
Kayuhan basikal balik rumah lagi laju. Hari pun dah hampir nak cerah. Matahari dah makin naik.
sampai rumah terus duduk depan tv. Rancangan pagi dah mula awal hari ini.
Tgk tv dgn Aman, bukan cerita kartun. Siap pagi-pagi nk tgk tv. 31 ogos hari ni. Tak dapat pergi stadium, tengok tv pun jadi. Perbarisan penuh semangat dinanti.
 




 
Semangat org dulu tak sama org kini. Anak-anak kita dah tak tunggu tv semata-mata nak tengok perbarisan.
Semangat dlm diri kita pun tak sampai pada mereka. Bezanya anak dulu anak kini. Bagi mereka, apa agaknya erti merdeka tu? Sayang lagi tak mereka pada negara ni. Tahu tak apa sejarah perjuangan yang telah dilalui. Tak kan lah perjuangan dulu dah jadi sepi. Mana semangat orang kini. Sayang lagikah pada negara ini.
Agakny anak- anak kita tahu tak kenapa Allahyarham Sudirman menyanyi kan lagu tanggal 31 ?.
Jangan sampai satu hari anak2 tak tahu kenapa 31. Kita ada lagi ....... semangat jangn biar mati. Perjuangan orang dulu jgn biar jadi basi. Kita Sayang bumi pertiwi. kita sayang kemerdekaan ini.
"Tanggal 31", bukan sekadar nak nyanyi. Ada semangat dalam hati, bukan sekadar berbaris memenatkan diri. Pasang bendera tapi tak ada erti.
Buat pertiwi yg kita sayangi. Kita sayangi negara kita ini.
Tanggal 31 ogos, merdeka, merdeka, merdeka..........
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Merdeka.

No comments:

Post a Comment