I'm listening to the radio .....

Thursday, October 30, 2014

Keep Calm and Stay Strong .....

Behind the cries of sadness
is a strong heart of forgiveness
For will I be the one to had
Or I am the one to forget 
Deep inside
All out of hope
In a strength of a human heart

Monday, October 27, 2014

JANJI APAKAH YANG TERBAIK ......

Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita ada janji dan hikmah disebaliknya. InsyaAllah.....

Gulai Kelmarin ......

Gulai yang sedap ialah gulai yang boleh dimakan sampai 2-3 hari. Walau tinggai kuah tak dak dah isi tapi masih makan sampai menjilat jari. Tu gulai yang sedap ..... ermmmm 
Sedapnya Gulai mak ...... 
Di utara gulai ni merupakan kari bagi belah selatan. Gulai pulak kat sini lebih kepada macam masak kuning tuhhhh..... Ape-apelah karang kurang tepat plak perbandingan aku .....
Gulai mak aku memang sedap. Aku pun x dapat masak sedap macam mak. Kalau aku masak macam sedap tuh aku akan berangan masakan aku sedap macam mak ..... hehehe. Aku akan tanya anak2... sedap tak gulai mama? Jawapan anak-anak, pasti tak pernah mengecewakan aku ... yeayyy. 
Mak pernah masak gulai di satu majlis kenduri di rumah mertua aku. Sampai sekarang ada yang masih tanya tentang gulai tu.... Suruh aku masak memang tak merasa lah sebab kang dia punya taste banyak bedanya ... Ngee ....
Mak tak suka bagi resepi bawang merah berapa biji, halba secamca dua camca ka .... rempah banyak mana, garam banyak mana ..... so masak dari hati sesedap dan sesuci hati ibu ..... So aku pun masak macam tu ..... Kalau minta resepi aku akan bagi ingredients and how to do it je ..... Nak bagi sesudu , dua sudu tu memang x jadilah gulai aku ....
Ni Gulai aku masak minggu lepas. Lepas 2 hari tinggai kuah je buat cicah ngan roti ....... yummmy
Petua mak senang je.... Kalau nak bagi gulai tu tahan lama .... nak masak kena bersih, peralatan make sure cuci, sekitar pun kena bersih ... Tu je .....
So sekian sahaja entry gulai kelmarin aku ....... MASAKLAH DENGAN PENUH KASIH SAYANG .......

Thursday, October 16, 2014

Coret-coret - ragam 1

Lucu sedih suka duka ...... itu rasa yang ada pada setiap manusia. Mahu tak mahu bohong atau tidak kita kekadang merasai perassan yang berbeza ini. Yang bezanya cuma cara kita untuk menghadapinya.
Kadang-kadang luka yang sikit, sakitnya begitu perit. Luka yang nampak berdarah pada zahirnya, sakitnya tak seberapa.  
Sama seperti realiti pada sekeping kertas kita meluah rasa hati. Bagai ubat yang mengubati rasa yang menjeruk diri.......

Wednesday, October 8, 2014

Notes on Infused Water ....

Actually post ni are some notes yang aku simpan on infused water. Aku simpan somewhere on desktop, thumb drive folder tuh, folder nih .... Bila nak clear sayang pulak nak delete ...... So here are some notes yg aku gather from blogs and some reading months or years back..... Untuk aku sendiri habis best pun aku penah buat .... aku campur timun jepun, epal hijau dan celery ...... Tapi aku jarang sangat buat. Well.... some of people yg ambik infused water ni memang kurang ambil air kosong/air suam. So ini macam replacement of air suam jugaklah untuk menggalakkan pengambilan air kosong.
Infused Water ni air sejuk/mineral/suam yang dicampur dengan buah-buahan dan diperap dalam peti sejuk selama beberapa jam
 Kebaikan infused water.
- Untuk tujuan weight lose kalau kita minum secara konsisten.
- Salah satu medium detox badan.
- Mengenyangkan.
- Mengurangkan rasa mengantuk dan lemah badan.
-Improve mood. Colors of fruits yg dicampur biasanya akan nampak menarik……
-Mengurangkan sakit otot.
-Melindungi organ dalaman badan.
Khasiat lain depends on apa yang diletak dalam infused water:
Contoh : 
Lemon boleh menyegarkan badan dan menambah alkali.
Mint leaf membantu pencernaan.
Timun bagus untuk kulit dan mata serta agen pencernaan yang bagus.
Some recipes yang boleh try:  Ada all citrus, ada berries, watermelon + herbs and many more........
Selain menggunakan satu jenis buah sahaja, kita boleh gabungkan beberapa bahan seperti buah-buahan dan daun herba untuk tingkatkan khasiatnya. Contoh kombinasi bahan yang baik adalah:
(1) Teh hijau, pudina, limau ---- pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, kesesakan dan penyegaran nafas
(2) Strawberri, kiwi ----- kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, peredaran gula darah, penghadaman
(3) Timun, limau, lemon ---- pengurusan berat air, kembung, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman
(4) Lemon, limau, oren ----- pencernaan vitamin C, pertahanan imun, pedih hulu hati, (minumnya pada suhu bilik)
So kalau nak cuba bolehlah ...... maybe nant we can share some other findings. Sharing is caring.....

Tuesday, October 7, 2014

AKU BACA BUKU ..... arghhh

Tetiba aku terasa yang aku dah lama tak baca buku.....
Ini termasuklah komik, majalah dan newspaper pun. Of course buku ilmiah jauh sekali. Dah kenapa aku ni...... Aku akui yang aku bukan jenis yang rajin membaca tapi I do read.....
 But now,  tetiba rasa it's getting worst. I don't remember the last book I read start to end .... Novel.... nope... Pathetic nya .....Hello.... change needed here ......
Tak de orang boleh ubah aku kecuali aku memulakannya.... It starts with me. I hope insyaAllah.. 

Thursday, October 2, 2014

Nak coret-coret jugak ......

Menyibuk kan ...... Sebenarnya semalam macam nak letak status FB tapi macam panjang pulak isi kandung yang nak dicoret-coret buat status. Yalah semalam wall penuh dengan perkataan petrol dan 20sen. Ingat plak aku ngan Arwah Sudin dan Latifah Omar .... 20sen. 
Seronok plak aku membacanya ..... Ada sesetengah orang yg aku follow jadi x respek pun ada. Dah petrol naik 20 sen kot, aku pun marah. Tapi x payahlah nak kutuk2 sesapa. Kutuk-kutuk pun petrol naik jugak. Kena bayar jugak. Saham dosa kita pun bertambah. Memang nampak situasi Kerajaan kurang prihatin di situ. Dalam tekanan kos kehidupan yang kian meningkat, kita dihenyak lagi ............ hmmm.... no long comment here .....................Nak naik kereta kan ? Isi minyak ........ 
Ada plak pendapat yang aku rasa lebih berhemah dan aku suka .... Antaranya mengambil kira pendapat yg dikeluarkan oleh TUN M........... Hentikan BRIM. Pada aku BRIM jenis bantuan yg tak perlu. Mungkin nampak seperti popular tapi x perlu.............. so aku setuju hapus BRIM. Anybody wants me to sign any petition, I'll agree to that ................. X semua dibantu. X semua mendapat. Ada jugak ditolak dengan alasan yang tak logik ..... so please stop BRIM. Kita bukan nak beli orang one time. Tapi kita nak menjaga kebajikan rakyat setiap masa. Orang yg dapat BRIM pun pakai kereta ..... marah jugak petrol naik harga..... So SAY NO TO BRIM............................
RM5,900 ikut survey ke ......
Kereta ikut kemampuan.
Well.... lagi aku tak pandai matematik. Aku tak pandai nak calculate how they Dato Ahmad Maslan and Dato Wahid Omar do all the calculation on petrol usage and average cost of living. But I can't agree to that ..... Aku x agree sbb aku x faham kot. Yelah x pandai maths. So I don't get it. I don't how they calculate to get the amount tu...... respek arrrr....pandai maths. Sebab tu dia orang yg jadi menteri bukan aku hohoho....................
Tak lama lagi dah nak pembentangan bajet...... Seperti biasa kita dah melalui tempoh ditanya ....."APA YANG ANDA HARAPKAN DALAM BAJET 2015" ............ Well, aku rasa it's been years dok jawab benda tu, even dah reply a few times................Dah bertahun-tahun jugak aku rasa dok dengar Rasionalisasi Subsidi ....bla, bla, bla ...... dah semakin rasional aku. Dah makin kukuh kerasionalan aku. Years jugak dok dengaq pasal mengupgradekan pengangkutan awam. Tima kasihlah..... dok upgrade banyak bas. Mai sejam skali ..... syukurlah ada BAS, MONOREL, ERL, LRT, KOMUTER, TEKSI biasa, TEKSI 1M, TEKSI Limo nak buat MRT ....Uishhhh... banyak dah ni. Tapi hakikatnya penggunaan pengangkutan awam meningkatkan kos kehidupan. Mahal tau. With juz bas yg datang selepas sejam menunggu tu, belum reach lagi kawasan yang nak dituju. Let say tunggu bas 35mins, RM2.00, then you take LRT1.60, next ERL RM5.90 pastu naik bas yg paling murah 5kupang...... Eh macam tahu je kerja kat mana .... heheheh... Semua sekali termasuk kos menunggu RM10 sehala plus waktu menunggu paling singkat 100 minit bersamaan 1jam40minit. Balik another way total  RM20 and 3jam20minit....... (Quality time with family is ...... 24hours, -5hrs of tidoq, 9hrs of gheja, and 3hrs of perjalanan)......Oklah 7 jam.... plus tolak 2 jam sebab anak2 kena tidoq awal....... So you have all together 5 quality hours ...... Yelah nak menyewa or duduk di kawasan berdekatan rumah plak tak bersesuaian ......... ermm, mahal ke tak mampu.... (macam sama plak) ........SYUKURLAH MALAYSIA masih AMAN.....(pandai jugak aku buat calculation).....
Panjang plak post aku kali ni..... yelah kalau dah membebel mana tahu nak berhenti. Oklah. Jom kita pi tengok TV pastu selak2 FB cari tips mengurangkan kos kehidupan. Kalau rajin boleh dishare-share .....
   



Sunday, September 21, 2014

Bila UPSR bocor.....

Kertas upsr bocor. Ada yg suka ada yg marah. Mula bercakap sana-sini pasal integriti dn kejujuran. Yang kena tangkap highlight ....... 2 cikgu ditangkap, 3 cikgu ditangkap. Yelah ada guru yg ditangkap. Ada guru yang mungkn bersalah. Tapi nak highlight pun berpada2 lah. Aku bukan cikgu x terasa hati pun. Anak-anak aku pun amik upsr. Ya, aku sikit bengang. Aku Marah. Sebab aku tahu anak2 aku dah berusaha. Aku juga tahu bila ambil lagi sekali takkan sama semangatnya dengan nak ambil kali pertama. Tapi anak-anak aku steady je. Takpe lah mama kena ambil lagi sekali....... Cikgu dia orang pun comfortkan dia orang dan beri semangat untuk bersedia ambil periksa lagi sekali. InsyaAllah mana tahu kali ini kita dapat jawap dengan lebih sempurna. Dan dia orang yakin dengan apa yang cikgu katakan. Aku rasa comfort bila tengok anak-anak aku pun tenang. Cikgu-cikgu sekolah dia orang pun full support untuk terus membantu. Perasaan marah aku mereda. InsyaAllah biarlah pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dan menangkap mereka-mereka bertanggungjawab. Tapi bila news terus-terusan highlight cikgu...cikgu...cikgu.... aku bengang jugak..... Cikgu dah banyak bantu..... Atas cikgu tu sendiri samada ada dia ikhlas dengan kerjaya mereka. Bukan semua cikgu sama. Aku yakin cikgu2 yg mengajar anak2 aku semua ikhlas dan ramai lagi yang begitu. Ramai lagi yang ikhlas dalam profesion mereka. Sekarang aku plak jadi bengang bila news highlight mcm tu. Yang kena tgkp 10.... ramai lglh cikgu. Ramai lagi jugak yang bukan cikgu yang bersalah..... aku sekadar meluah rasa. Maaf cikgu-ckgu kerana saya pernah rasa marah. TERIMA KASIH buat cikgu-ckigu yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan anak-anak kami. .................

Coret-coret lagi .....

Sekarang dah nak masuk bulan sepuluh. Bermakna dah setahun jugalah aku di sini. Alhamdulillah... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.
Bulan 9 ni juga anak-anak ku si kembar AHMAD&AHMAD ambil UPSR. InsyaAllah. Aku sentiasa yakin dan mendoakan kejayaan buat anak-anakku.
Hari ni plak dia orang continue lagi dengan PSRA. Walau x dapat concerntrate for both dengan sempurna aku yakin dia orang dapat menjawab soalan-soalan dengan baik.... InsyaAllah.

Monday, August 11, 2014

Coret-coret sapu habukkk .....

Lama aku tak post apa-apa di dinding aku ni..... Rasa rindu nak menconteng kat sini memang ada. Tapi sering rasa tak terluah pada zahir. Jadi aku tangguh dan tangguh .... Hajat tak sampai.
Tapi hari ini nak jugak aku jenguk wall aku ni. Dari aku biar berabuk tak terjaga, biarlah walau sekali-sekala aku menjengahnya.
Last entry aku dulu tak salah aku bulan 3 ..... Masa tu Baby baru kluar hospital. Lega rasa hati Allah yang tahu ..... Masa tu rajin le ketuk keyboard ni.
So dari bulan 3 sampai sekarang of course banyak yang dah berlaku ...... Sedih, suka, duka, ceria, ria semua ada .... Alhmadulillah aku dan keluarga melaluinya dengan sempurna.
Sekarang ni bulan Syawal yang indah. Aku pun baru je kembali bekerja setelah seminggu cuti berhari raya. Aidilfitri kali ini macam biasa..... Cuma Baby dan Kakak kurang sihat first day of Raya. So sangat kurang bergambar.  Persiapan nak raya pun macam biasa last minit baru aku sediakan. Bukan apa kalau last minit baru buat baru ada feel raya yang best ..... hehehe
Alhamdulillah, Baby, Awan dan Kakak dah sihat dan cergas. Masa balik beraya di Penang tu kiranya dia orang dah okay.
Ramadhan kali ni amat best bagi aku ...... macam biasa aku suka waktu SAHUR...... Malam-malam sebelum tidur Baby akan order menu sahur dan aku bangun seawal 4.15 pagi sediakan sahur. Alhamdulillah tahun ni tak miss pun Sahur.
Masa bulan posa ni jugak Hubby melalui MPP Sub Zon I masuk pertandingan Panjut. Alhamdulillah dapat no. 3. Oklah tu pertama kali bertanding dah dapat tempat ke-3. Seronok rasa malam-malam lepak di panjut dan buka puasa di situ.
2 minggu berpuasa aku ke Sarawak. Sambung tugas interview yang belum habis. Alhamdulillah tahun ni jugak aku dilantik jadi Panel interview untuk kenaikan pangkat. Seronok sangat dengan pengalaman baru ini. Walau pun sedikit tight sebab ke Sarawak di bulan posa. Aku seronok. Maknanya dah complete satu Malaysia aku pergi. Mungkin kalau dapat ke Sarawak lagi bolehlah g jalan-jalan. Maklum le kali ni pergi tanpa kengkawan. So x berjalan sangat. lagi pulak bulan posa.........
Seronok bila dah menulis ni. Stop this entry here. I will surely come again ...... InsyaAllah.
Sweeping the air, catching the dust .....

Sunday, March 9, 2014

Anak-anak .....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan nikmat yg dilimpahkan kepada hambanya. Tidak terkecuali siapa kita  .....
          A simple post hari ni .... juz to share rasa syukur kerana anak-anakku sihat Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah.

 

Wednesday, February 26, 2014

Tahun Baru 2014 .....

Salam tahun baru buat aku .....
Posting aku tajuknya Tahun Baru 2014...... Walaupun dah menghampiri ending February tapi masih lagi di mood new year. Maybe at the start of 2014, ada something not right happen.
Settled.... then only aku rasa lebih selesa.  February has always been my favourite month .......
No. 2 has always been my favourite. So I hope I start writing again with my good mood in February ...... 2013 ..... tq so much for much for all the good experience I've been through. Happy, bright, tough and tide..... InsyaAllah I will always cherished the good time I had.
2014 ....... my journey of course tougher. InsyaAllah I will my best to do better this year.
Not to forget ..... A year older is a year wiser ......
InsyaAllah I pray for many great things to come for myself, my beloved hubby children, my mom and my family ........ (dun forget to work hard too to achieve it)......