Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Alllah SWT dengan limpah kurnianya dapat kita menjalani ibadah puasa lagi pada tahun ini. Kedatangan ramadhan yang mulia amat dinantikan. Alhamdulillah, dah seminggu juga kita berjaya melalui puasa dengan rasa syukur dan tawadhuk.
Aku suka puasa ni. Seingat aku masa kecik, umur 8/9 tahun aku dah puasa penuh (kot). Nak Yang yok dah tak berani. Bila gi sekolah agama takut bila ustaz cerita, memang le mak dan abah tak nampak tapi ALLAH nampak. Bila fikir-fikir balik bukan penat pun puasa. Siap boleh main lagi waktu petang. Kalau penat mesti nak jalan pun tak larat.
Alhamdulillah buat minggu pertama ni anak-anak aku dapat berpuasa penuh. Hari pertama je ada yang mengadu nak buka puasa tapi bila aku tengok masih dapat main berkejar-kejar aku diamkan aje. Tak de pun penatnya. Alhamdulillah dengan kehadiran ramadhan ni juga tahap kesihatan anak aku bertambah baik. Tapi saat menunggu berbuka macam-macam kerenahnya. Maklumlah hidangan dah di depan mata. Mata asyik tengok jam. Pantang diusik mesti marah.
Bagi aku saat paling best bulan puasa ni ialah time sahur. Aku memang suka sangat sahur. Time nilah aku akan bangun masak seawal 4 pagi dan kami mula bersahur pukul 5 pagi. Masak pepagi ni baru feeling sikit nak bersahur. Nasi panas, lauk pun panas. Aku memang target bersahur lambat supaya anak-anak aku tak le cepat laparnya nanti. Lagipun senang. InsyaAllah dapat dilakukan dengan sempurna.
Bagi aku bersahur adalah ni amat penting. Walaupun hukumnya sunat. Tapi ada keberkatan di dalamnya. (rujuk hadis di bawah.)
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Dalam satu sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, ada menyebut - amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)
Kelebihan ke atas orang yang bersahur:
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
No comments:
Post a Comment