I'm listening to the radio .....

Wednesday, October 12, 2011

Jadilah Juara ....




Aku menulis lagi. Cerita lama tapi tak basi. Ini semua kes aku yang sangat malas mendownloadkan gambar. Dah lama dah aku nak buat entri pasal temasya sukan sekolah anak aku. Dia sekolah kat ......

Seronok jugaklah aku berpanas ari tu. HAri sebelum tu baby demam. Ingatkan tak bagi dia pergi tapi bila dia sedar abang dan kakak dan bangun terus dia bersiap jugak. Alhamdulillah dia ok. Walaupun lepas tu aku bawa gak dia g hospital sebab banyak kahak. Hmmm .... Alhamdulillah dia sangat ok sekarang.

Back to Temasya Sukan tadi. Awan masuk kawad kaki. Siap pakai tengkolok and macam superman biru plak aku tengok. Tapi dia tak datang pun kat aku dalam costume tu. TAk dapat aku nak snap gambar. Kamera aku plak time tulah jugak nak abis bateri. Since baby kurang sihat so dia tak masuk any acara.

Yang banyak masuk event my dear daughter. First dia dapat third untuk acara lontar peluru. Pastu dia dapat second masa lari berpagar 80 meter, last event dia dapat gold for 4 x 100. So dialah juara pada hari tu. Kagum gak aku tengok dia berlari. Bukan takat boleh kejar adik jek dalam rumah.... heheh .... You go girl ... Mama is always proud of you. Awan and baby too. Love you always.

Some sharing on the event ......









Ni kawan baik dia Athirah. Rasanya semua event dia msk and dpt medal.


Ni perbarisan rumah biru, rumah sukan Awan.



Ni Peeqah tengah amik hadiah for Lontar Peluru.

Thursday, August 11, 2011

Sekadar menangkap suasana - Pesta Flora 2011

Menangkap suasana. Perkataan tu aku dapat dapat dari one of my course lecturer. Sedap bunyinya. Kenapa aku tulis sekadar menangkap suasana. Sebab I don't really join pun Pesta Flora tu. Aku pergi malam tu hari sabtu sebelum pesta flora berakhir. Masa tu my son x berapa sihat. Jerebu lak tu so x nak really jalan-jalan. Tapi  dia nak g jugak.

Orang g Pesta Flora nak tengok bunga tapi we all sekadar browse around. Nak tengok flower deco tu full sangat. Nak tengok kapal berhias sekadar menjenguk dari jauh. Aku plak terpaksa mengelak dari bertembung dengan pembunuh-pembunuh nyamuk aka smokers yang merokok tak kira tempat. Sambil pegang anak yang baby pun boleh g merokok. Moga akan ada satu penguatkuasaaan berkesan bagi perokok di tempat awam ni. Sekadar berdoa tak daya nak menghalang.

Berbalik kepada Pesta Flora, malam tu kita orang g after maghrib. Since kami tak really tengok bunga so kita orang jalan-jalan je dalam tu. Then ada announcement for a performance, since x de buat apa so kita org tunggu show tu, Best percussion band tu. Dia  orang ni pernah menang dalam pertandingan so memang wajar le best. Aku really enjoy that performance and continued plak ngan performance api. Yang ni pun best gak. Tapi my daughter lari and terjerit-jerit bila nampak abah dia g amik gambar orang main api tu dekat-dekat.

Since malam so aku tak banyak amik gambar. Tapi aku nak share one video my hubby buat for the night. Banyak aktiviti yang menarik sekitar Putrajaya ni sebenarnya. Samada kita nak join atau tidak je.  So enjoy the video. Dia guna lagu cuti2 Malaysia, kononnya nak bagi sesuai sikit .....

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Sunday, August 7, 2011

Puasa dan Sahur

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Alllah SWT dengan limpah kurnianya dapat kita menjalani ibadah puasa lagi pada tahun ini. Kedatangan ramadhan yang mulia amat dinantikan. Alhamdulillah, dah seminggu juga kita berjaya melalui puasa dengan rasa syukur dan tawadhuk.
Aku suka puasa ni. Seingat aku masa kecik, umur 8/9 tahun aku dah puasa penuh (kot). Nak Yang yok dah tak berani. Bila gi sekolah agama takut bila ustaz cerita, memang le mak dan abah tak nampak tapi ALLAH nampak. Bila fikir-fikir balik bukan penat pun puasa. Siap boleh main lagi waktu petang. Kalau penat mesti nak jalan pun tak larat.   
Alhamdulillah buat minggu pertama ni anak-anak aku dapat berpuasa penuh. Hari pertama je ada yang mengadu nak buka puasa tapi bila aku tengok masih dapat main berkejar-kejar aku diamkan aje. Tak de pun penatnya. Alhamdulillah dengan kehadiran ramadhan ni juga  tahap kesihatan anak aku bertambah baik. Tapi saat menunggu berbuka macam-macam kerenahnya. Maklumlah hidangan dah di depan mata. Mata asyik tengok jam. Pantang diusik mesti marah.


Bagi aku saat paling best bulan puasa ni ialah time sahur. Aku memang suka sangat sahur. Time nilah aku akan bangun masak seawal 4 pagi dan kami mula bersahur pukul 5 pagi. Masak pepagi ni baru feeling sikit nak bersahur. Nasi panas, lauk pun panas. Aku memang target bersahur lambat supaya anak-anak aku tak le cepat laparnya nanti. Lagipun senang. InsyaAllah dapat dilakukan dengan sempurna.
Bagi aku bersahur adalah ni amat penting. Walaupun hukumnya sunat. Tapi ada keberkatan di dalamnya. (rujuk hadis di bawah.)
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Dalam satu sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, ada menyebut - amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).


عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ

Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.) 

Kelebihan ke atas orang yang bersahur:  
 Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Thursday, August 4, 2011

Punch-Out - Kengkawan aku

Sebenarnya kalau aku nak update dah lama dah patutnya. Tapi tak terupdate. TEringat pulak dengan orang yang ada kat gambar-gambar ni. Sebelum aku burd dalam cd. These are frens yang dah left office. Ada yg naik pangkat, ada yg dpt balik kg ..... ada yg  ......

Ni gambar kat post aku tahniah teman. Miss U guys a lot.

Punch Card last day kat sini  buat masa ni. Mana tahu kena
datang balik. Hope so. (If I'm still around, sigh)

ni mest tengah nangis sebab nak tinggalkan kita org.
I know u gonna miss me alot. Anyway I miss  you too.

Yang ni plak seronok sebab dapat balik kampung.
"yes. yes, yes akak dapat balik kampung" 

Aksi potong kek ganti punch card . REally missing V18 - lamanya tak dengar. 
As innocence as she is. Tak dapat  pun nak cari shot dia  yang lain.
Sib baik dekat  dapat gak jumpa walau  tak selalu. Miss you.
Sebab tak de gambar punch card potong kek pun jadi le, kek durian favorite dia tuh ....


Last but not least, my adik - All the best for you out there. 
Miss u dear.

Tulah ceritanya. mereka-mereka yang  dah  x de kat opis ni. Seronot je ek  muka dia orang.
Selamat berjaya  dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika. InsyaAllah.

Wednesday, August 3, 2011

Alhmadulillah ....

Dah lama jugak aku tak update any post kat sini. BAnyak yang aku nak update tapi bila menulis sekerat jalan idea tak jalan aku pendamkan jek. Tapi nant aku post jugak le artikel-artikel tu semua. 

Today, aku rasa nak menulis sebab aku rasa tenang. Juz got back from IJN actually. This is another Appointment for Awan. It's just a relieved. Doc told me that he is very okay and suggested that I follow-up at Hospital Putrajaya which is of course near by to my home now.

Awan did his surgery in 2007. A week after the celebration of Aidilfitri. I don't really know the exact medical term but it is VSD closure. Alhamdulillah he is  a strong boy. He recovered fast. And now he is as fast as speeding bullet. He help me a lot. He takes care of his twin brother also his sister. Garang of course, they quarrel much too but I know they love each other so much.

I pray hard that one day his twin will recover as he does. The brother (Baby/Ab) had asthma. He looks small to compare to Awan. People always thought them as brothers of different years.   

I love them so much ....

Monday, July 18, 2011

Kenapa? katakan kenapa .....

Pagi ni aku ditanya satu soalan:

Kenapa Mountain Dew ni sedap ek kak ?
...... sambil ketawa aku jawab sebab dia sedap. Hahahah.

Hmmmmm....

KEnapa saya sayang awak?
Sebab saya sayang awak.

KEnapa saya suka makan ikan?
Sebab saya suka makan ikan.

KEnapa saya hijau?
Sebab saya suka hijau.

KEnapa saya suka asam pedas?

Sebab saya suka asam pedas.

KEnapa saya suka ketawa?
Sebab saya suka ketawa.

Ermmmm ......


KEnapa saya sayang awak?
Sebab awak baik dengan saya, awak faham saya, awak terima saya seadanya.

KEnapa saya suka makan ikan?
Sebab ikan tu sedap, masak apa pun sedap, kalau ikan goreng dengan bawang lagi sedap.

KEnapa saya suka hijau?
Sebab hijau buat jiwa saya jadi tenang, hijau mendamaikan, hijau memang cantik dan buat saya rasa segar.

KEnapa saya suka asam pedas?
Sebab asam pedas best, senang nak masak.

KEnapa saya suka ketawa?
Sebab ketawa tu awet muda, ketawa tu buat saya lupa pada segala masalah buat seketika.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEnapa aku tulis blog?
Sebab aku nak tulis blog. Aku saja nak cari tempat nak bersantai. BUkan nak menulis fakta sains, sejarah atau geografi. Bukan nak paparkan tentang kehebatan aku. Bukan nak paparkan apa-apa. Aku cuma menulis untuk diri aku. MEncari ruang sempit antara diri ini dan meluah rasa yang kekadang amat menyesakkan diri. MEnulis bukan untuk menempah sebarang populariti. Aku memang menulis untuk diri sendiri. Bukan nak raih sebarang simpati. Cuma mungkin dengan kecanggihan teknologi aku pilih medium ni.....

Hmmmm ..............

KEnapa jawapan kat atas tu panjang?
Sebab dah terpanjang pulak jadinya. AKu pun tak tahu.



Thursday, July 14, 2011

It's Sweet ....

HAri ini aku terima satu khabar gembira. Seorang teman telah selamat melahirkan sepasang kembar (boy and girl) so sweet. They must be as cute as their mom. Alhamdulillah and congratulations.

Sharing my joy through fb , she replied with short notes ... tips pls. Hahahaha. Do I have tips ? .....  

Dah sembilan tahun umur kembar ku. Sepasang kembar lelaki, yang bagiku sangat berbeza. Kalau dilihat sekarang ibarat abang dan adik. My first twin, Ahmad Zulsyazwan Ilhami. Dialah Awan yang handsome. Si adik pulak, Ahmad Zulsyafiq Amani, Baby yang comel. Anak aku yang sulung, perempuan, Ziti Nursyafiqah Ilhani, Kakak yang cantik. Beza umur setahun 4bln, she was born on 2nd March, 2001.  (Both c-sect).
I used to ask them since they're small, "Siapa cantik? The three would answer "kakak". So cute.

THey're born on 2nd  July, 2002. I guess July is the month for twins. Just coincidence...

Dari masa aku mengandung, I keep worrying, can I take care of them. Three of them at the same time. The sister is only 1yr 4mth at the time...... But my hubby and I buat decision, susah macam manapun kita jaga sendiri. KEsian kalau pisah-pisahkan. InsyaAllah.

And aku keep on thinking about my previous experience with twins that I know. They are separated since they're small. Dan adillah yg sering mereka perkatakan bila dah sekolah. Aku tak nak anak aku macam tu.


So Aku bertekad dengan penuh azam yg aku akan membesarkan anak-anak tu di depan mata aku. Biar susah sikit tak apa asalkan mereka tidak dipisahkan. AKu tak nak apa yang sering aku tak puas hati dengan orang lain jadi dengan aku. 

Aku berpantang di rumah mak aku. Di Kepala BAtas. My second twin tu saiz dia sedikit kecil. Masa lahir 2.3, takut jugak aku nak pegang dia. Maklum le, kakak dia lahir 3.25. Kembar dia pulak 2.95. Jauh beza tuh. Dari kecil dia sangat rapat dengan tok,(mak aku). Kalau tidor ngan mak aku dia diam. So si kembar ni rapat dengan tok while kakak sangat rapat ngan abah (arwah) aku 

DAri situ aku dah plan . The twins takkan tidor dalam buai. I trained them to sleep without buai since they're babies. Alhamdulillah it works really well. After maghrib aku akan ganti pampers dia org and put them to bed. They usually sleep at 8-8.30pm. Aku memang selalu letak dia orang berdua. Sebab kalau separate susah sangat dia org nak tidor. It's sampai besar ..... They can sleep on a single bed together, even their bed actually a pull out bed. NAk beli katil baru gak ni... 

BIla kita kuat dengan azam, niat kita baik, ALLAH akan sentiasa bersama kita. Aku dapat bibik yang jaga anak aku di siang hari. Dia datang every day, pagi starting from 6.30 am and akan balik dalam 6.30 pm or lambat sikit. Tapi kalau aku balik lambat dia akan tunggulah. Anyway memang aku pun yang akan hantar dia balik. Dia jaga anak aku since they're 6 mths, the sister is about 2 sampai they're 4 yrs and kakak started her kindie. 

My bibiknye kg. di Nias, tak jauh dari Acheh. About a year after Tsunami dia balik sana bcos her kg. pun kena gempa and her parents terpaksa pindah. Dia still in touch ngan my family sampai the twins nak masuk year one. Then dia pun dah lost contact ngan kita org. We lost her number...... She's a nice bibik. (not all maid are ..... hmmmm)

Aku pun tak de sgt tips utk kawan aku tuh. Yg aku ingat both parents (aku ngan hubby aku) sangat cooperate. So tak penah lah gaduh2 pasal nak bangun malam nak buat susu. TApi yang menariknya, my children semua suka abah dia yang buat susu since kecil.  They called their susu "panas". And they'll shout like "Abah, nak panas.....". Sweetkan.
And up to now, dia orang akan minta abah yang buat milo or air teh. How nice.....

Awal bulan aku akan stock up dia orngnya brg. 8 tin susu S26 for the twins and 4 tin Delilac for kakak. Diapers masa tu Kao MErries, about 8 pcks jgk per month. Aku breast feed dia org tak lama. Start keje mula berkurang. MAsa tu aku pun kurang terdedah kepada breastfeeding. PAkai breast pump pun yg manual. BErsalin pulak kat private hospital. Hmmm..... 

Seronok tengok dia orang masa kecil, aku letak atas katil sambil aku masak, and jengok dia org main ngan kakak... Bila ingat balik tak susah rupanya jaga twin ni. Thanks to my daughter, memang dia banyak tolong aku. JArak umur memang tak banyak beza tapi dia memang boleh jaga adik-adik. (not at time dia naik angin lah). Aku teringat satu hari aku had a bad stomach. So I need to go to the loo's for quite long, mandi lagi. So I leave them with kakak. They're about 2yr. Kakak 3 yrs. The twins keep looking for me. And kakak had to do somthing to make them diam. Then aku dgr dia macm bercerita2. Adik2 pun diam jek. Keluar dari toilet rupanya she was holding a blue marker pen, and drawing on the wall. She was telling stories that I don't know what. Her adiks were watchng penuh kagum.....

Sampai besar aku yakin dengan dia. She will take care adik2 to the best that I know. Love them so much.

Some up and down masa besarkan dia org. My first twin ada VSD. And my second twin ada asthma, pernah masuk ICU. Alhamdullillah semuanya ok. THe brother dah buat operation in 2006 kat IJN. The second twin memang still continue check-up kat Hospital Kajang. InsyaAllah, dia sihat dan aktif. Both of them are. They love football. Their favorite team (now) is Malaysia. Even kakak pun suka main bola. 


PAnjang coretan aku kali ni. Doaku semoga anak-anakku sentiasa sihat walafiat. MEnjadi anak-anak yang soleh, sihat, pintar dan cerdas, dilindungi ALLAH swt. Amin.

Tuesday, July 12, 2011

Amalan Rasullullah tentang pemakanan ....

Masih lagi membaca buku yang sama. BEst pulak bab semalam thot of sharing diet pemakanan. So kalau nak tahu what's inside the book, kenalah jugak beli buku ni. It's worth buying. Cantik dan comel lak tu .....

Rasullullah adalah seorang yang amat menjaga soal pemakanannnya. Ada beberapa perkara yang dielakkan dalam makanan beliau. Umumnya ramai juga yang dah tahu:







NAbi melarang kita memakan makanan laut dan makanan darat bersama kerana ianya mudah mendatangkan penyakit. Ahli Sains mengkaji dan mendapati bahawa dalam badan ayam mempunyai ion positif dan ikan mempunyai ion negatif, dan kalau bercapur akan menghasilkan tindak balas bio kimia yang boleh merosakkan usus.

So antara menjadi favorite dessert kita of course koktel buah-buahan.  Actually campuran susu dan buah tak elok untuk tubuh. So elok kita elakkan supaya tidak tambah memudaratkan.

Lastly, I end up with diet tips: Mungkin aku bukan le orang terbaik nak bagi diet tips. Still, sharing is caring. Mana tahu kalau kita sama-sama amalkan kita akan dapat manfaat bersama:

1. Amalan makan buah selepas makan nasi sebetulnya kita kena makan buah dulu sebelum makan nasi.
2. Tidurlah selepas makan - tidurlah sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan.
3. Tidak makan malam kerana berdiet - sebaiknya kita tidak meninggalkan makan malam kerana ianya menyebabkan seseorang itu cepat tua dan pembentukan kolestrol dalam bdan menjadi berlipat kali ganda.

InsyaAllah, kita akan dapat manfaat bersama. Selamat mencuba.

Sunnah berkaitan memasak .....

Sharing is caring ....

Tengah membaca buku "Memasak itu Mudah" written by Rohayati Bakri keluaran PTS. Juz nak share something. AKu memang suka membaca yang mudah-mudah. Buku ni best ringan dan payah pecah kepala fikir and tak de emosi-emosi. lagi satu buku ni kaler pink, tenang aku tengok. Tu yang aku suka tuh ....
Inilah bukunya.

Kat sini ada diberi beberapa sunah yang elok diamalkan ketika memasak. So memasak pun ada sunnahnya. Jangan le main main masak je. Kita kan nak masak untuk family. Memasak perlu diselami dengan rasa ikhlas dan penuh kasih sayang.

Ikan cencaru belah belakang - favorite aku nih.

Here's some list of sunah yang diamalkan ketika memasak:

1. Ambil wuduk sebelum mula memasak.
2. Tutup kepala dan pakai pakaian yang menutp aurat.
3. BAca doa sebelum masuk dapur.
4. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah ketika melakukan aktiviti memasak. Cthnya: membasuh ikan
5. Cuci dengan air mengalir, sebaik bilas 3 kali dan berselawat.
6. Elakkan masak makanan laut bersama ayam dan ikan di dalam satu menu.
6. Lakukan aktiviti dengantangan kanan.
7. Kacau masakn lawan arah jam
8. Baca doa bg setiap aktiviti yang dilakukan.
9. Tutup bekas makanan apabila sudah dimasak.
10. Masak makanan berkuah lebih berkat.
11. Buat hidangan dalam jumlah ganjil.
12. Hidang makanan apabila orang sedia untuk makan, Jgn biar makanan menunggu.
13. Makan berdua @ lebih ramai lebih bagus.
14. Makanan yg disentuh oleh byk tangan lebih berkat.
15. HAbiskan makanan dalam pinggan. Kita tak tahu makanan mana yang berkat.
16. Elak minum air semasa makan. Minum sebelum atau setengah jam selepas makan.
17. Makan menggunakan tangan kanan dan jilat jari selepas makan.
     (Ahli Saintis telah membuktikan enzim di celah jari adalah 10 kali lebih baik dari enzim air liur. Enzim adalah baik untuk penghadaman makanan. Tanpa enzim makanan tak hadam).

So apa kata kita cuba amalkan sunnah-sunnah ni setakat mana yang termampu. Kalau tengok list yang 17  ni rasanya diri sendiri pun banyak yang tercicir. Yang no.1, berwuduk, kalau memasak selepas solat subuh atau maghrib insyaAllah masih dalam wuduk tapi kalau waktu lain tu, hmmm.....entahlah. InsyaAllah akan cuba untuk amalkan sedapat boleh. Takkan buat entri je kot ek ......

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0

Siapa suka bersih. Saya pun suka bersih. Suka tangan yang bersih, kaki yang bersih, baju yang bersih, meja yang bersih, rumah yang bersih dan persekitaran yang bersih. So bestlah kalau bersih ....

Kenapa kebelakangan ini semua orang nak cakap pasal bersih. BErsih di TV, bersih di radio, bersih di paper. BAgus jugaklah sebab persekitaran kita memang tak bersih. Sampah merata-rata, longkang tersumbat kotor pun nampak. So kena sepatutunyalah kasi bersih.

Tapi berminggu dengan bersih, kiri bersih, kanan bersih tapi jumpa juga sampah, kotor juga longkang, nampak juga kawasan yang tak terjaga. So belum bersihlah. Bila nak bersih ? TAkkan nak tunggu sampai ada demonstrasi baru nak bersih. Kalau buat demonstratasi jalanan lagilah tak bersih. Lagilah kotor jalan-jalan kita. Kotorlah bandar kita. JAdi wajarkah ada bersih tu? PErlukah kita meramaikan majlis sbegitu rupa ? Sedangkan hakikatnya kita tambah mengotorkan yang sedia ada.

Mungkin sekadar simbolik ini di sebalik semua yang telah dan bakal berlaku.

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada side positif dan negatifnya. Mungkin apa yang dimahukan itu ada kebenarannya. Tapi sedarlah yang matlamat tak menghalalkan cara.

Ingat kejadian BErsih 1 dulu. Polis mengadakan sekatan jalan raya. Kita tak bleh nak shopping. Lecehlah semua ni.

Aku ni bukan into politic sangat. BEsa-besa jek. Takat2 baca paper sikit. NAk tunggu news pun kekadang membosankan. Nanti takut pulak ada announcement harga barang naik lagi. Heheh, biar aku bayar je dari aku tau. Serabut kepala. HAkikatnya memang harga barang yang asik naik ni menyesakkan nafas ku.

BErsih 1. masa tu somewhere in November 2007. Banyak polis buat road block. Semua pada awalnya cakap nak buat perhimpunan secara aman. Tapi kecoh jugak. Bila kecoh kita mula rasa tak selamat. Mula terfikir apa nak jadi kalu terus kecoh Macam2 lagi ada dalam kepala kita ni. Hmmm... aku nak teruskan ke entri aku pasal bersih ni. Sudah-sudah lah tu cik kak oi......

Tuesday, June 28, 2011

Kenapa ? Why ..... and why.

Sebenarnya kenapa ..... aku sering bertanya pada diri aku sendiri mengapa begini. Kekadang sukar benar nak meluahkan apa yang terbuku di hati aku. Kekadang mudah benar aku meluahkan rasa di hati aku. Aku lupa pula nak ambil kira surrounding aku. Aku lupa pula nak ambil kisah tentang hati dan perasaan orang. Aku lupa untuk hormat pada pada sesiapa yang sepatutnya aku perlu hormat.

Aaaaaaaaaaa ............ Tapi apa yang aku buat pada masa dan ketika kejadian seakan tak salah pulak. Hmmmmm ....... Manusia belajar dari kesilapan. Aku? aku belajar tak ...

HAri ni pun aku buka blog ni bila aku terfikir nak meluahkan sesuatu. Tetapi bila jejari ni mula menaip aku jadi buntu dan kaku. KEsian aku. Aku pun tak tahu di mana silap hati ini. Mungkin kerana aku sering kali menyembunyikan rasa hati aku, jadi aku menjadi kurang yakin setiap kali aku cuba menyatakan yang tersirat.

Alhamdulillah, dalam banyak hal aku sering mengambil sikap yang positif.
Aku percaya di sebalik setiap kepayahan itu ada hikmahnya. AKu percaya di sebalik setiap kepedihan itu ada manisnya.

Entahlah ...... Tiada manusia yang sempurna. Aku pun tak sempurna. Tapi tetap cuba mencari kesempurnaan itu.

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Chorus:

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Repeat *)

(Repeat chorus)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

(This is a song - CELA from a group who called themselves BONEKA)

From me to me : To the question of your life, you are the only answer. To the problem of life, you are the only solution.


Tuesday, May 24, 2011

AKU DAN KENANGAN .....

Aku ada terbaca post seorang kawan yang ATRIA bakal berubah atau kata lain closed down ... The ATRIA dah lama shopping complex ni. Rupanya dah lama aku kat KL ni kan ..... Masa aku mula menjejak kaki kat sini SOGO pun masih tak ada. KLCC masih padang lagi bekas tempat lumba kuda. KFC paling famous kat Yow Chuan Plaza. Ha'a, Yow Chuan @ City Square pun dah tak ada. Dah jadi Double Tree sekarang. Aku ingat Ampang Park, lepas tu ada Kerry's kalau tak salah aku. Kat Ampang jugak. Macam-macamlah tak ingat dah aku.

Pagi tadi aku lalu di Phoenix Plaza. Dah usang sangat bangunan tu. Entah apa yang dia org tengah buat, entah. Pecah sana sini. 11 tahun lalu masa aku baru kahwin, masih ada lagi Fajar Hypermarket, masih ada lagi Pizza. Dulu zaman aku sekolah ada Toy'r Us yang besar kat situ. Gahnya Phoenix Plaza ....

Semua ni kenangan ....................

Aku mula menjejak kaki di KL lebih 20 tahun yang lalu. Aku masuk sekolah asrama di tingkatan satu. LAmanya kenangan tu. Masa tu aku cukup suka dengan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Mana ada lagi KL Sentral. Tapak pun belum ada. Puduraya dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur merupakan antara destinasi pertama aku ambik tahu. Maklumlah, kat situlah destinasi utama untuk pulang bila bercuti sekolah nanti.

Kalau bas, naik Ekspres Nasional, kalau kereta api mestilah naik Ekspres Rakyat. Sesekali balik bercuti sebiji macam rombongan Cik Kiah. Lepas tu kami di sekolah ada baju rasmi - warna kuning pulak tu. Meriah betul rombongan tu.

Masa dulu kalau naik bas ambil masa lebih 8 jam. Maklumlah lebuh raya pun belum siap. Bas akan melalui jalan lama. Kawasan rehat pun belum ada kawasan rehat dan rawat (R&R) macam sekarang. Seingat aku destinasi rehat yang pernah aku singgah adalah di Slim River dan Tanjung Malim. Kawasan ini juga menyediakan gerai makanan, tandas dan surau. Cuma tidak sehebat yang ada sekarang.

Kalau naik kereta api pula kadang-kadang perjalanan mengambil masa sampai 12 jam. Aku suka naik keretapi. Kat stesyen ada A&W. Ekspres Rakyat akan berhenti di setiap stesen. Koc pula sentiasa penuh. Ada yang dapat duduk di kerusi, duduk di lantai, ada yang berdiri. Ada yang pasang buai. Yang duduk macam berkelah pun ada.

Macam-macamlah masa tu. Bertuah sebenarnya kerana aku pernah melaluinya.

Sekarang ni mungkin kita dah tak melalui semua ini. Zaman kian berubah, teknologi dah semakin maju. Kita pula perlu bergerak seiring dengan peredaran waktu dalam mengejar kemajuan. Perjalanan menaiki bas juga dah semakin singkat. Belum lima jam, dah sampai ke destinasi. (bagi perjalanan KL ke Butterworth). Bagi yang menaiki kereta api pula, tiada lagi yang berdiri atau duduk di koridor. Tiada lagi tingkap yang boleh dibuka. Semuanya dah ada penyaman udara.

Untuk aku yang tinggal Cuma kenangan. Kenangan itu indah. Indah untuk dikenang. Indah untuk dimimpi-mimpikan............ Indah itu kekadang jua mengundang sepi yang teramat sangat........ Tapi aku percaya yang sepi itu jua indah ....... Ya ALLAH, rahmatMu ku pohon ..... Amin.


Monday, May 23, 2011

JK ...

BAk kata Nabil ...JK. Jiwa kacau. Aku ke tuh. Pening kepala aku. Macam-macam yang aku fikir. Tak satu pun jelas di minda aku. Kenapa? aku pun tak dapat mentelah.

Ya Allah, aku harap apa yang aku rasa ini cuma sementara. Kuatkan hati aku dalam
menghadapi semua ini. Amin.

Sunday, May 8, 2011

ALHAMDULILLAH

HAri ni aku di office.... seharian penat semalam tapi berbaloi. Nantilah aku update cerita semalam.

Alhamdulillah, harini my Baby (Syafiq Amani) dah pergi sekolah. InsyaAllah dia akan dapat menjalani sesi persekolahan dengan baik. Kesian dia dah lama tinggal sekolah. Hari ni pulak dah start exam sekolah agama.

2 Mei 2011, Hari ini hari ulang tahun kelahiran my dear Hubby yang ke 35. Hari tu sepatutnya nak celebrate sikit2. Family celebration .....

Tapi baby macam letih jek. Batuk dia pun semakin menjadi-jadi. Demam dia semakin berkurang. Mahu tak mahu kami decided nak bawa dia g Hospital Kajang. Memanglah Hospital Serdang lagi dekat ngan rumah tapi mungkin sebab dah biasa check up dia di Hospital Kajang so kami ke sana. Sampai sana baby masih tidur. Aku g tanya dulu posedur kat kecemasan. Bangun tidur aku tengok dia jalan ke emergency. Doc check kat luar tu then terus ke bilik rawatan asthma. Baby kena ambil nebulizer. Tiga kali dia amik nebulizer. Asthma dia berkurang tapi oksigen tak reach 96 on air. KAmi masuk ke wad bahagian kecemasan (ED). Amik oksigen. Bawa dia g xray. Dia pun dah nampak letih, lapar lagi. Result darah and xray ada jangkitan kuman. So kena warded.

Sedih aku. TAk palah asal baby baik. Ya Allah... Kami masuk wad 7. 2 hari jugaklah kat sana. wednesday petang boleh keluar. With all the ubat. Alhamdulillah. Kat rumah ada satu lagi masalah. Antibiotik warna putih yang dibekalkan tu dia tak dapat telan. Habis muntah. Dengar pasal antiboitik tu pun dah boleh buat dia muntah. Antiboitik (zinnat). Salah aku jugak. Doc dah prescribed tablet aku agree ngan farmasi to change to suspension.

Friday g ward lagi amik darah. Harap blood test result ni okay. Aku bermohon padaMU, Ya Allah. Masa ni aku g tanya doc pasal Zinnat tu. Doc tukar. Senang jugaklah dia makan tablet tu. Hari ni tinggal lagi dua hari nak abiskan Zinnat. Aku nak ucapkan terima kasih pada doc-doc and nurses kat Hospital Kajang. Tq for being so nice. Dr Nur Ain yang cantik, Dr Boss, Dr Annie, Dr Zafrul, Dr Azrul and ramai lagilah. SN pulak yang aku ingat SN Farizan. MAaflah tak ingat semua. TQ for being so nice.

Ya Allah, aku bermohon padaMu agar segala-galanya selamat. Aku bersyukur atas kurniaan yang telah engkau berikan. Amin.

20 Mei 2011 nanti dia punya check up. Hope everything will be ok. InsyaAllah.

Tuesday, April 26, 2011

Lamanya aku tak menulis. Mood aku kureng agaknya. Banyak yang bermain kat kepala ni. Tapi tak satu pun yang dapat aku luahkan dalam bentuk ayat-ayat kat sini.
Banyak yang aku alami dalam minggu-minggu ni.

Kurangnya motivasi diri. Aku akui dan memang terasa. Apa nak jadi dengan aku.

Kurang tidur yang nyenyak. Anak aku kurang sihat. InsyaAllah dah beransur pulih. Letih kekadang asyik memikirkannya. Ya ALLAH, sihatkanlah anak-anak ku. Amin.

Kerja. Tak banyak yang berubah. Dan tambah aku memikirkan tambah bosan aku jadinya. TAmbahan lagi dengan aku yang dah kurang motivasi diri ni. Semoga aku cepat pulih. Aku je yang boleh merubah keadaan ni. It's whether you really want it or not. Hmmmmmm.....

See I don't really write anything. It's overloaded inside my head. And this is just it. Arghhhh.

Thursday, April 7, 2011

Giveaway Rakan 1Klik

Aku display promosi hadiah dulu. Just check on the link for further info ............ http://rakan1klik.blogspot.com/

Sunday, March 27, 2011

Lama rasanya tak put up any post here. Tak de idea, tak de mood ... hmmm... kalau nak bagi alasan macam-macam "takde" boleh diadakan. The last time, aku ada join a club kat office ni. But sekarang dah dibubarkan. During the meeting, we need to do activities that relates to public speaking. Aku sempat buat dua speech je. My third speech tak sempat, banyak errands masa tu. Anyway just nak share, what supposed to be my third speech ..........

It's a topic on Happiness:

I hope that everybody is feeling great at the moment. …

How do you start your day ? Are you late to work…

Do you think, that’s its Thursday and you have to go to work…

Or … You have this thought…

“Yes, it’s still Thursday and I’m going to work…”

When you see yourself at the mirror first thing in the morning, what you do?

Do you smile to yourself? Or … Do you think that your hair look bad …

I’m going to share a topic on Happiness… and giving you some tips on how to get happy now.

Happiness should be an everyday occurrence. It is not something that we reserved for a special occasion or we’ll have to wait for weekends, anniversary or birthday to be happy.

Let me first tell you what happiness is, scientifically:

“Research shows that when you have a thought , a molecule will get formed from it and that thought will then affect your biology. This means that well-being gets translated into a biological response.”

I have given you some of the example just now that shows how you start your day reflected to your everyday mood. Here are some tips on how to get happy, now:

1. Know your HAPPY triggers.

a. No one knows you better than yourself. So consciously keep track of what makes you happy.

b. Simple things such as coffee or walking on the beach might seem insignificant. But don’t underestimate the triggers. They are actually an effective pick-me-ups.

c. You don’t have to wait for things to get sour to do it. You can be nice to yourself. Make a list of your happy triggers and do it.

2. It’s Ok to feel blue.

a. Some may assume that pretending that you are not upset will solve the issues. That’s not true…

b. You have to face the fact that sometimes you may be down and that’s natural. The important thing is “how you handle the roller-coaster”.

c. You know that the time will passed and there might be lessons learnt from it.

d. Learn the experience, be glad that you know how to deal with it in the future.

e. Give yourself some time and move on.

3. Keep A Grateful Journal

a. Have you ever practised identifying what makes you HAPPY?

b. Here’s an idea, keep a journal or start blogging.

c. We are too often get annoyed by colleague or loud neighbours. We are too much focused on that. But this will only amplify to frustration.

d. Try begin to take note of blissful moment throughout your day .

e. Make a list of places or people that makes you happy. Wrote it down.

f. This positive thoughts will feed your mood and you’ll be a whole lot happier in no time at all.

4. Say it out loud.

a. As much as your family loves and understands you, just remember that they are not mind reader.

b. You have to let them know. It is important to work into the conversation for things you enjoy doing.

c. When you make an effort for letting people know what make you happy, they naturally will invite you along for things that brighten up your day.

d. As for things that make you happy there are also things that make you unhappy. So in order for you to have peace of mind in the long run, let them know how you feel.

e. Voicing out your feeling doesn’t mean your friends and relative have to walk on egg shells around you.

f. Be considerate and fair in voicing out your discomfort by addressing the right issues in the right approach.

g. Share things that they are discomfort too. After all, sharing is caring.

5. Be passionate

a. This probably the most important ingredient to being happy and staying happy.

b. Pursue your passions with a vengeance and you will always be happy even though things might be tough.

c. Do what’s best for yourself and most of all do it because it makes you feel happy and satisfied.

Last but not least:

The happiest of people don’t necessarily have the best of everything: they just make the most of everything that comes along their way.